Sesudah Badai Melanda…

Alangkah bahagia rasanya diri ini. Badai yang melanda dalam hidupku sudah lama berlalu. Dan tika saat ini, barulah aku menyedari bahawa pilihanku sebelum ini ternyata tepat. Pilihan sama ada untuk terus berada di Johor Bahru atau kembali ke kampung halaman. Sekembalinya ke kampung halaman, diri ini benar-benar terasa aman serta tenteram. Tiada lagi badai ganas yang melanda. Tiada lagi kabus ribut yang mendatang. Semuanya indah-indah belaka. Jikalau adapun, hanyalah sekadar angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup wajah ini.

Sepertimana kata-kata pepatah yang biasa kita dengar. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Dan pengalaman yang aku timba selama ini benar-benar membuktikan kebenaran kata-kata pepatah tersebut. Mungkin pepatah-pepatah lama tecipta melalui pengalaman orang-orang dulu. Ya. Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Barangkali pepatah tersebut bertujuan untuk menyampaikan nasihat agar generasi seterusnya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Berdasarkan kepada pengalamanku, terdapat 3 golongan manusia yang boleh kalian klasifikasikan sendiri iaitu:

– Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman diri sendiri.
– Manakala orang yang lebih bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain.
– Dan orang yang bodoh adalah orang yang tidak belajar apa-apa dari pengalaman diri sendiri @ orang lain.

Ada golongan lain selain yang disenaraikan di atas? Mungkin ada yang tertinggal. Jadi, andainya sesiapa ingin mencelah di sini, aku amat alu-alukan. Ilmu yang baik seharusnya disebar-sebarkan. Bukankah begitu? ‘Sharing is caring’. Kata-kata yang biasa kedengaran. Aku sendiri tidak pasti dari mana asal kata-kata itu. Ah. Pedulikan. Takkanlah kata-kata sebegitu pun ada hakciptanya. Cuba bayangkan andainya semua kata-kata ada hakcipta yang tersendiri. Pasti sukar untuk aku mencoret nukilan atau berkongsi buah fikiran melalui kata-kata di blog ini. Ada sesiapa yang bersetuju? Tidak mengapalah andainya tidak bersetuju. Aku tidak rugi apa-apa. Sekian dahulu untuk coretan kali ini.

20 Respons

  1. Ada satu lagi palie.

    Lebih kurang maksud dia….

    Orang yang kurang bijak adalah belajar dari pengalaman semalam untuk hari ini.

    Orang yang bijak adalah belajar dari pengalaman semalam untuk hari ini dan masa depan.

    Orang yang amat bijak adalah, orang belajar dari pengalaman untuk hari ini, dan masa depan, serta bersedia dengan startegi untuk masa hadapan…

    Palie, kamu jahat. Kamu buatkan saya rasa nak balik ke pahang giler2…. Kamu jahat!

  2. abg har – wah.. dah agak dah.. mesti ade org tmbah… hehehe… thanx abg har… saye x jahat… cuma nakal skit je… kalu dah balik pahang nanti… kontek laa ek…

  3. x salah mencarik rezeki ditempat orang lain.. bermusafir kelana..
    asalkan jgn sampai jadi si tenggang menderhaka pada ibu sendiri..

  4. hmmm..
    saya lak, rasa nk keje kt tmpt org..
    heheh..
    sbb kt tmpt saya, my work xde org appreciate😦

  5. hohoho….balik kampung la best….sedut udara segar hari2…duk johor tu sedut asap lori, sedut debu jalan je….hohohoho

    P/s :: Siot je aku kutuk tanah tumpahnya darahku….hahahah….

  6. ooo…balik kampung…
    hati girang…=)

  7. kata dr fazilah kamsah…
    selain ilmu dan kasih sayang, harta yg paling berharga ialah pengalaman hidup…
    jadikan ia sebagai panduan hidup kamu..

  8. owh… sudah balik ke kampung halaman… waaahhh…
    sy ada beberapa bulan lagi untuk balik kampung… doakan…

  9. Saya setuju. ngeh3.

  10. erk– palie, awk dpt keje kat johor kaa? keje di ganu camne lak? xpaham plak sy

    urmmm.. betul tu, sy setuju.. sbb sy ada sorg kwn yg xprnah amik iktibar.. bak kata awk.. “orang yang bodoh adalah orang yang tidak belajar apa-apa dari pengalaman diri sendiri / orang lain..”

  11. Menjadi orang bijak adalah perkara biasa dalam masyarakat kita, iaitu belajar dari pengalaman.

    Menjadi orang yang lebih bijak adalah satu keistimewaan kerana bukan senang nak mengerti pengalaman yang dilalui oleh orang lain.

    Menjadi orang bodoh adalah tidak sepatutnya berlaku, kecuali seseorang itu benar2 bodoh, tidak ada yang tidak bodoh melainkan yang bodoh belaka.

    Sama2lah kita berdoa agar dapat mencapai tahap yang istimewa dalam kehidupan. Amin…

  12. en me – saya balik ke terengganu ni pun sbb nak mudahkan diri ini berjumpa dengan family…

    ninadw – erk.. camtu ek.. xpe2… cari laa keje kat luar dulu… dah rasa bosan keje tmpt org.. baru balik tmpt sendiri…

    hariz – hahaha… kutuk tmpat sendiri nampak… no komen..

    cikf – erk.. dah lama pun balik kg ni… ada laa dlm 3 bulan…

    nota.kematian – erk.. kg halaman kamu di mana ek?

    ixora – setuju tandanya sah.. hehehe…

    aremierulez – emm.. thanx for sharing…

    chezzy cheese – erk… kg halaman saya kat terengganu laa.. so skang ni saye keje ganu laa… keje kat johor tu dah tinggal kenangan… lalala…

    ImamKhalid – thanx jenguk blog ini… dah add link blog kamu…

  13. tyabah satu lagi perumpamaan utk orang bodoh adalah gambaran orang dunia yang tidak dapat membezakan yang salah dari yang benar, yang baik dan yang jahat, yang asli dan yang palsu

  14. ape yg sah? ekeke =p

  15. hye encik palie.

    Bercuti panjang ke?

    Semoga ketenangan mengiringi anda.
    🙂

    -d0ne-

  16. anei – erm… btul gak tu…

    ixora – hehe… no komen…

    f-tia – dah abis cuti pun… lalala… dah ada blog baru ke? eh… blog lama mane? dah delete ek…

  17. erm epi ek duk ganu???

  18. 3 jenis manusia dalam dunia..

    1. orang yang hari ini sama seperti semalam

    2. orang yang hari ini lebih baik daripada semalam

    3. orang yang hari ini lebih teruk daripada hari semalam..

  19. munie – hepi gak laa… kurang pressure banding duk kat luar dulu…

    nieja – hye… dah add blog kamu…

    terror of death – yupp… btul tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: