Semalaman Diuliti Mimpi…

Semalam aku bermimpi lagi
Si dia hadir dengan senyuman
Membawa seribu satu sinar harapan
Yang pastinya memikat hati sang arjuna

Kehadirannya di saat itu
Benar-benar menggetarkan jiwa ini
Membawaku ke jalan kebahagiaan
Dan menjauhi erti kedukaan

Terasa sungguh bahagia diri ini
Pabila dirimu sentiasa mendampingiku
Setia bersama walaupun badai melanda
Menyempurnakan kisah suka duka hidupku

Dan hari ini
Barulah aku tersedar
Dari lena yang panjang
Mimpi itu hanya mainan tidur
Yang tercoret dari fantasi minda separa sedar

Kini aku pasrah
Menerima segala ketentuan-Nya
Dengan hati yang terbuka
Sepertimana kata-kata yang sering diungkapkan
Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya

Aku mengerti
Tiada gunanya aku terus menanti
Sesuatu yang tiada kepastian
Biarlah aku bersendirian
Melayani perasaan gundah-gulana ini

Kuharapkan memori indah yang berlalu
Menjadi umpama debu-debu halus
Berterbangan ditiup sang bayu
Agar aku tidak bisa mengingatinya

Lucca D Jiwa
-28/01/2008-

27 Respons

  1. hai there, barang lepas jangan dikenang…kalau dikenang nanti merosak badan…be positive, mesti ada something better for you…take care. 🙂

  2. let bygones be bygones

  3. Hummm, kamu menunggu siapa ya… Hummm…. Penantian suatu penyiksaan bukan? SO, sekarang mulakan hidup baru…. Ehhh, bukanker entri yang lepas saya dah cerita… Ehehehhe

  4. Wah,en Palie mmg berbakat btol dlm penulisan puisi! Cayalah..!!😉

  5. hey.
    terima kasih melawat blog saya.
    hmm masalah cinta semua manusia akan mengalaminya.
    tidak terkecuali saya.
    sekarang saya sudah lega kerana sudah melepaskan segala-galanya.

  6. mimpi mainan tidur
    mimpi juga mainan perasaan

    kadang2 kita tak suka bangun dari tidur bila mimpi indah begitu bertandang

    mimpi.. oh mimpi

  7. cari yang lain bro..x payah nak tunggu yang satu tu..

  8. kte penah mimpi mcm tu.bgun2 rase sgt letey.so make sure jgn lg mimpi mcm tu.nnti hari x ceria😉

  9. *uwaaaaaaaaaaa uhuks uhuk.. sedih nya baca..

    yessss… jgn di kenang cite yg lalu.. nti lagi merana!

  10. salam singgah…uuuuuuhhhu..sedey..

  11. lupa kan kisah lama…
    mari bukak buku baru….

  12. mimpi mainan tidur cuma…
    kerna bila saat mata terbuka, kita akan terjaga dari mimpi,
    dan mimpi itu cuma tinggal ingatan yang tidak diketahui antara realiti mahupun fantasinya…

  13. tu tahan la mimpi yg best, tapi kalu saya kalu mimpi tak best tu yg selalu jadi kenyataan

  14. cinta itu misteri. melodi kehidupan akan terus beralun merdu meski pra-tewas. semoga makin gagah menyusuri hari yang mendatang.

  15. SEMALAM AKU BERMIMPI..
    KELMARIN AKU JUGA BERMIMPI…
    HARI INI DAN ESOK AKU INGIN BERMIMPI SEPERTI SEMALAM DAN KELMARIN..🙂

  16. yow.. puisi itu indah. hehe.
    sesuai puisi ni utk nina.. hehe..
    mmg mimpi yg indah tu terkadang membuat kita sedih ketika kita sedar bahawa kita hanya bermimpi.
    hmmm…

  17. me teringat tazkirah pemotivasi terkenal iteww yg bilang, kalo mimpi baik, bersyukur pd Yg Maha Kaya.. Kalo mimpi buruk, buat2 berludah dibelah kiri dan berdoa semoga dijauhi malapetaka.. Tapi, kata pemotivasi terkenal iteww lagi, jangan hebohkan pada sesaper, khuatir menimbulkan FITNAH..

    Wallahualam..

  18. laaa…
    mimpi jugak??
    hehe..

    err… encik palie.
    suka tgk drama korea tak??

    ” fighting! ”

    -d0ne-

  19. “Kuharapkan memori indah yang berlalu
    Menjadi umpama debu-debu halus
    Berterbangan ditiup sang bayu
    Agar aku tidak bisa mengingatinya….”

    saya suke ayat2 ni..huhu

  20. en.palie tak nak komen apa2 ker?

    nyibuk je echah. heheh😛

  21. aishah – xde kenang sesapa pun… just sekadar nukilan… sori lmbat reply… busy skit skang ni… maklumlah perkampungan hadari dah dekat… so banyak laa design kena wat…

    nieja – yupp… that’s right…

    abg har – dalam proses membina hidup baru laa ni… hehehe…

    ixora – berbakat? xde laa… picisan je ni…

    mentallyaddicted – thanx sudi lawat blog ni… link blog kamu sudah saya add… bagus laa kalu sudah selesaikan masalah cinta itu…

    pjoe – marilah kite bermimpi yg indah2 sahaja….

    ee – cari? hehehe… tgk laa camne… bile ada kesempatan…

    pandagumuk – bleh ke kita pilih mimpi2 kita tu? hahaha…

    chezzy cheese – erk.. jangan laa sedih2 utk saye…

    musafir87 – thanx singgah blog ini… apa blog kamu ek?

    aremierulez – yeah.. buku baru = azam baru…

    nota.kematian – mimpi itu antara realiti & fantasi…

    anei – mimpi yg x best jadi kenyataan? tu yg x best tu…

    fa alif ya zai – insyallah…

    armyzx – mesti mimpi yg seronok tu…

    nina – sesuai utk kamu ke? xpe.. ambil laa… anggap puisi ini khas utk nina.. lalala…

    en me – penah gak dengar pasal itu… tp x pasti kebenarannya…

    f-tia -ada gak tgk drama korea… nape? nak kasi dvd drama korea ke? hehehe…

    cikf – suka ek.. tq2…

  22. erm,mimpi mainan tidur.
    lupakan yang lalu,mulakan yang baru.
    yang lalu dikenang,jadi diri tak senang.
    kan?
    smoga ceria2 selalu🙂

  23. ida – thanx…. memang berazam utk mulakan hidup baru…

  24. sengal plus poyo…huhu

  25. erk… cam kenal jer pembuli jalanan ni… hehehe… bleh detect ip address tu.. hahaha…

  26. hihi.. sengal la.. bru nak menyamar… ; )

  27. hahaha… x baik nak menyamar2… nanti kantoi gak… sepandai2 tupai melompat… akhirnya jatuh ke tanah jua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: