Menongkah Arus Kehidupan…

Arghh. Hanya jeritan kecil itu sahaja yang mampu aku luahkan. Badan kecil ini tidak mampu menahan heretan kasar oleh wanita tua ini. Aku tidak berdaya. Terasa begitu perit bahagian belakangku. Bajuku hampir koyak. Kerna kesalahan kecil, aku diperlakukan sedemikian. Ya. Kesalahan kerna mengacau adik kecilku bermain dengan anak patungnya. Lantas aku menerima hukuman ini.

Gelap-gelita. Sempit. Itu sahaja yang dapat mengambarkan keadaan reban ayam ini. Aku dikurung di dalam sebuah reban ayam. Terasa begitu hina benar diriku ini. Dikurung bersama-sama haiwan ternakan di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Aku tidak mengerti. Bau busuk najis ayam menyelubungi setiap lingkup ruangan reban ayam ini. Bau yang benar-benar memualkan diri ini. Adakah ini salah satu proses pembelajaran. Mampukah hukuman seperti ini meresap lantas mematangkan jiwa ragaku? Entahlah. Aku tidak pasti.

Senyuman sinis adikku masih jelas berlegar-legar di benak fikiran. Senyuman tanda kepuasan tatkala melihat diriku menerima hukuman ini. Huh. Di manakah erti sebuah keadilan? Kenapa aku terus dihukum tanpa adanya budi bicara. Sekurang-kurangnya berilah peluang kepadaku untuk berkata-kata. Cukuplah sepatah dua kata untuk mempertahankan diri sendiri. Serta menegakkan kebenaran yang aku sendiri tidak pasti.

Aku pasrah.

Entry ini adalah secebis memori silam yang tiba-tiba menerjah kancah pemikiranku di saat ini. Memori silam sewaktu aku masih lagi berada dalam dunia kanak-kanak.

24 Respons

  1. hey. adakah ini kisah benar?😛

  2. okay…jgn lagi duk ingat sangat memori lucca gittew…
    taking care!

  3. tu laaa.. sape soh kacau adik tu? kan dah kena.. hihi..
    idop tak de masalah mmg tak challenging palie..
    sbgai manusia kita kena tabah mghadapinya!

  4. kadang-kadang ada pincangnya juga adat di timur. Orang tua sentiasa betul. Kanak-nakan dianggap mentah….

  5. tu la sape suh nakal2 mase kecik kan dah kena..

  6. aishah – erk… memang kisah benar pun… tapi wanita tua itu hanyalah pengasuh sahaja… ibu x penah berbuat demikian…

    chezzy cheese – yupp… pengajarannya yang diperolehi… jangan suka kacau adik2… hehehe…

    abg har – yupp… kekdg selalu gak terfikir perkara tersebut…

    anei – erk… x nakal laa… cuma nak bermanja2 jer ngan adik.. salah ke?

  7. SOB, SOB..kesian Palie….too naughty maybe? Hope now more matured..:)

    Palie…one tag awaiting for you in my blog…that is if you dont mind…

    Take care and keep smiling.

  8. palie, awak nakal sangat kot..sebab tu kena macam tu. tapi, dah namanya budak…lelaki pulak tu. Takkan nak duk main anak patung sama pulak. hehe.
    tapi…huu..leh tahan brutal jugak pengasuh awak tu kan.

  9. erk.tak bace habis tgk part kena denda je uhuhu sorry, mmg tak slh

  10. ermmmm…biasa ler kalau time bebudak kita nakal…belum mengenal erti dunia kan…

  11. hehe
    asam garam jadi abang
    mcm tulah

  12. salam kenal sdra

    Adakah ini kisah benar? Jika benar – mmg sah hatimu luka. Luka zaman anak-anak selalunya di bawa hingga ke hari dewasa. Jika benar lupakan saja. Jadi insan pemaaf. Terima kasih.

  13. ni cerpen ke apa ni <— hihihhi

    setiap org pasti akan ada kenangan.. xkisah samada happy atau sebalik nyer….Kenangan camni lah yg buat kita tersenyum di kemudian hari…

  14. hahaha…dah macam anak2 sidek pulak kene kurung dalam reban ayam…mesti ayam2 tu semua dah mesra dengan ko erk mase ko kene kurung dulu? hehehhe

  15. hidup ini jarang jarang ada adil.
    tapi mati dan pembalasannya kelak semestinya adil.

  16. nina xpernah senyum sinis kat abg klo mama marah kat abang sebab dia kaco nina. nina malah ikut rasa sedih sebab mama dah marah kat abang. adakah nina adik yg baik? hahah..
    poyo je.
    owh, palie.. jgn di kenang, kenangan yang sedih. nanti jadi mcm nina.. tutup blog. wakakaka..

  17. best ape kaco adik
    miahahahaha

    kenang la mase lalu
    best ape

  18. uih..kena kurung ngan pengasuh..ahaks..tu la…nakal sgt..heheh….

    aku penah gak kena mandi kan ayah aku..sbb degil sgt kaco adik aku..hahaha…:))…mase kecik2 dulu. nasib mandi kan je…sampai menggeletar tubuh..hahaha…

    best gak…pengajaran supaya tak nakal2 lagi..ahaks:)

  19. patut laa.. dah besar ni die jd tak byk cakap.. pasif.. kurang daya saing.. hik hik

  20. We kinda share the same memory lak.

    awak dalam reban ayam, saya dlm reban puyuh bawah rumah ( dulu rumah kampung kan kosong aje kat bawah rumah )

    tapi bukan la sbb kacau adik ( sbb saya nih pembela adik paling kental )

    tapi sebab pergi memanjat bukit railway keretapi. ( kampung sy dekat dgn kilang simen yg menjadikan keretapi sbg pengangkutannya )

    sbb perempuan, so tak sampai hati la kot nak ditibai ( but my cousin lelaki, sebelum sama2 dikurung dalam reban puyuh, kena tibai la )

    lapar??

    ‘ ha! makan dedak tuh! ‘ kata pak chu. adoi!

    masa tuh rasa kejam la. tapi skrg, rasa rindu masa kanak2 tuh.🙂

    no harm la encik palie. just kenangkan ia sbg sesuatu yg tak mungkin kembali lagi.

    -d0ne-

  21. palie…napa takde entry baru…ni nak bgtau…ada sesuatu kat blog saya utk awak…just for fun…jgn marah yer…kalau tak sudi…sudi-sudikan lah…bhs saya pun dah tunggang terbalik lah…hehehe…hope to see u soon…

  22. ada sambungan ke tak ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: