Sekukuh Tembok Besar China…

Negara China. Aku pernah berangan-angan untuk ke sana. Oh. Bukan negara China sebenarnya, negara Jepun yang sepatutnya. Aku pernah memohon untuk program Japanese Associated Degree atau singkatannya JAD. JAD adalah program pengajian ijazah luar negara tajaan MARA. Sila abaikan andainya ejaan itu salah. Aku sendiri tidak pasti ejaan yang sebenar. Yang lebih utama, aku pernah memohonnya tetapi gagal. Lantas aku terdampar di selatan tanahair. Melanjutkan pengajian dalam bidang komputer di Universiti Teknologi Malaysia.

Ya. Aku juga seorang graduan. Bertungkus-lumus belajar bersama-sama dengan Pak Ngah dalam mengejar erti sebuah kejayaan. Kejayaan menggapai segulung Ijazah Sarjana Sains Komputer. Di universiti inilah, aku mula belajar mengenal apa itu ‘programming’. Malah aku juga pernah bercita-cita hendak menjadi seorang ‘hacker’. Namun, semua itu tidak mampu menjadi kenyataan. Dek kerna terlalu bosan serta berserabut dengan kompleksiti dalam pengaturcaraan, aku mengubah halatuju asalku. Lantas akhirnya aku terjebak ke dunia seni. Menjadi ‘designer’ sepenuh masa. Mungkin darah seni telah mengalir sebati dalam darahku. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Umpama irama dan lagu. Tanpa irama, tidak berertilah lagu tersebut. Andainya diikutkan rasa hati, ingin sahaja aku menyambung pelajaran dalam bidang arkitek. Namun, apabila mengenangkan faktor ekonomi serta beban tanggungan sedia ada keluargaku, aku terpaksa melupakan hasrat serta cita-cita itu. Aku tidak pernah menyesal. Kerna aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku pernah terdengar ada yang mengatakan universiti sekarang sudah menjadi seperti kilang. Ya. Kilang yang mengeluarkan graduan secara besar-besaran. Dan semua graduan yang berjaya menamatkan pengajiannya tidak semestinya memperolehi kerjaya. Malah keputusan yang baik juga tidak menjanjikan kerjaya yang baik. Lantas ada yang menganggur setelah sekian lama berhempas-pulas untuk mengenggam segulung ijazah. Jadi, apakah yang dapat disimpulkan di sini? Sanggupkah kalian menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menjadi penganggur. Penganggur terhormat barangkali. Entahlah. Kepada kalian yang sudah berkerjaya, bersyukurlah. Dan kepada kalian yang belum berkerjaya, percayalah bahawa rezeki ada di mana-mana. Yang penting, usahlah mudah berputus asa.

Dukung segulung ijazah sebelum mendukung seorang anak. Berkasih dengan bertemankan buku. Berbulan madu dengan kejayaan.

Kadangkala, aku terfikir sendirian. Kenapa harus kita belajar? Dunia masa kini seolah-olah telah merombak nawaitu asal untuk belajar. Belajar kerna agama. Adakah kita semua belajar semata-mata untuk memperolehi kerjaya? Bukalah mata. Tajamkan minda. Lihatlah keadaan sekeliling kita di era globalisasi sekarang ini. Sijil, diploma atau ijazah telah menjadi lesen utama untuk bekerja. Rata-rata syarikat perlukan graduan yang ada kelayakan ijazah ataupun diploma. Ataupun sekurang-kurangnya memiliki sijil kemahiran. Mereka yang tidak memiliki sebarang kelayakan, tentulah sukar untuk memperolehi kerjaya. Mungkin itulah yang dikatakan keadilan. Keadilan sejagat? Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.

P/s: Pusat bowling sudah bertapak di Pasaraya Astaka, Kuala Terengganu. Pasaraya tersebut benar-benar berada di belakang pejabatku. Secara tidak langsung, virus ketagihan bermain bowling telah melanda sebilangan pekerja di sini. Termasuklah aku. Huh.

35 Respons

  1. ala, belajar kat mana2 pun sama…

    anyway, aku xpenah pun main bowling..huhu..

  2. Kadang-kadang dah ada segulung ijazah pun bagai tidak ada makna…bila kerja yang dicita tak dapat. Tapi orang lain pandang, wah dah ada degree…mantap! mesti senang dapat kerja, mesti gaji ribu2.

    Ada ijazah ke tak, yang penting usaha. Ada ilmu, ada kemahiran, ada usaha. InsyaAllah…

    eh, boling tu boling jugak…jangan sampai dok buat keje sudoh. heheh.🙂

  3. ecah, bila nk bawak akak main boling..

    (mcm la akak ni byk masa..)

    p/s: sori .. terbuat cam blog echah plak..

  4. ermmm..

  5. Aduh, saya sedanga tertekan belajar. Masih ada 5 tahun lagi….

  6. me pernah gi training kat jepun ittewww.. kener amik kursus belajar jepun lagik.. uhuhu, tp lamer dah..

  7. kewcot gak pewot ak nih bila mikir bende nih…ni blom grade lagi nih…huhuhu..

  8. sy xpenah tfikir nak amik e’tric engine..huhu

    kadang2 kite kene bpijak di bumi yg nyata..
    kadang2 sesuatu yang tak disangka menilai kemampuan kita=)

    cpatla PSM ni siap…huhu

  9. nurnana – x penah main bowling? x cayalah… emm.. komen laa banyak2 kat sini… xde org marah pun… lalala…

    aishah – bowling tu isi masa lapang jer.. bukan time kerja…

    tanpa nama – erk.. siapakah ini?

    abg har – 5 tahun? lamanye… bile laa nak kawin tu?

    en me – mesti best dapat gi sana kan?

    ee – xpe2… yg penting kamu rajin usaha…

    cikf – moga2 psm awk cepat siap… amin…

  10. serius aku xpenah main bowling..
    g tempat main bowling pon xpenah..

    aku tgu echah ajak je..tapi, dia x ajak pun…

    anyway, kat ganu pon dh ada… kewl…nnt aku balik duyong, aku singgah astaka… dkt dgn astaka ke??

  11. nurnana – eh.. awk org ganu gak ke?jom laa lawan sama2.. hehehe…

  12. Ayah saya org Ganu..
    Balik sekali sekala je ke Duyong, sbb xde ramai dah sedara kat sana…

    Owh..ramai org KT ni..

  13. bro, sokong!
    sekarang ramai belajar sebab nak dapat A, nak kerja baik, sebab mak bapak suruh..
    dah tak ramai yang hargai ilmu. yang belajar kerana rasakan bahawa menuntut ilmu itu satu kepuasan. dah tak ramai. kerana dunia yang berputar hari ni terlalu material. ada segulung ijazah, boleh ada kereta mewah.

  14. rasa terpanggil lak nak bercerita ttg belajar. Ada org berpeluang sambung belajar tapi tak tahu utk apa belajar. atau mungkin gak tahu belajar utk apa.tp nawaitunya ada sikit pesong.
    ada pulak yg crystal clear water niat nk bljr tp x buleh nk gi bljr. samada x mampu, terhalang, ada tgjwb lain dsb.
    tp yg pentingnya.. bljr tinggi atau x, nawaitu terhadap kehidupan yg tentukan segalanya.
    kalau niat nak kaya di masa hdpn, selaraskanlah dgn masa skrg. kalau niat nk bantu bangsa, negara, agama, org, selaraskan jua dr skrg. kalau niat mmg tanak buat apa, nk menghabehkan boreh… ha! toksah abeskan duit makbapak gi bljr. dok je la umah tuh habehkan boreh!
    😀

    btw, ttg ‘itu’ jgn serkap jarang ye encik palie.. takut salah serkap ;p . think positive sudah!😀

    -d0ne-

  15. ade kemajuan dah ada bowling…bowling mmg satu permainan yg menyeronokkan walaupun tak berapa pandai main..tapi puas

    pasal belajar….ye belajar tu untuk menentukan masa depan…belajar itu kena la bersungguh2…selain itu juga islam menggalakkan kita menuntut ilmu…menuntut ilmu biarlah samapi ke negeri china

    sebenarnya sekarang ni pengalaman itu lebih penting..belajar kan bila2 masa boleh belajar…so budak 2 yg sampai tahap spm tu kerja la dulu..bila dah lame kerja, buat la pendidikan jarak jauh ke luar kampus ke…

  16. mmg tidak di nafikan bhawa banyak graduan berijazah yg tidak mempunyai pekerjaan. dan aku amat menentang apabila kerajaan cuba menaikan taraf umur pencen ke 60 tahun sedangkan ramai yg masih menganggur…

    family aku pun suma tgh gila main boling…pantang free, mesti pegi main boling..

  17. yaaa! ijazah itu bukan penentu kita leh dpt kerja.. contoh, saya. im working without it. ijazah ada lg kt University sbb x abis byr yuran.. hahahah *malunye.. xpe xpe* apa yg palie ckp ni sungguh benar adanya.. percayalah.

    nway, nina dtg t’ganu nti palie blanje main bowling eh.. n kita pegi tgk itu masjid kristal.. ^_^

  18. erm..wut to say ehh?
    no idea tp sal bowling tu, kite x pndai la men itu bowling..
    t masuk longkang..
    huhu!

    anda pasti pandai maen bowling kan?
    hikhikhik!!

  19. salam! =)

    nak share jgk leh?

    pada saya, seumur hidup manusia adalah untuk belajar, kita memberi dan menerima. Barulah hidup kita bermakna, pada kita sendiri ataupun untuk orang sekeliling kita.

    Biarlah khidmat kita tak sebesar mana, biarlah kalau kita belajar tak setinggi mana, asalkan orang disekeliling kita sedar kewujudan kita, asalkan hidup kita tak menyusahkan sesiapa.

    hmm..masuk topik discussion tak nih? hehee. ^_^

  20. aku dulu pun sama.. ingin menjadi seorang penggodam masa belajar di UTM dahulu..
    tetapi kini aku berubah.. aku lebih kepada mengoptimumkan kelebihan berinternet.. dimana keadaan ‘sharing is caring’ telah sebati.. dan tiada lagi motto ‘mess with the best die like the rest’

  21. skunk ni most student blaja sebab nak exam.termasuklah yg berckp.haha.

  22. hidup adalah menghidupkan kehidupan?

  23. Yeah…

    look at me man. Diploma pon takda. Keja pon orang taknak. Cakaplah, tunjukkanlah aper yang kita bole buat, tapi kalau takde sekeping kertas bernama degree @ diploma @ master @ aper2lah yang seangkatan dengannyer, orang akan pandang rendah…

    1st hand experience. Nak kawin pon skarang orang tengok aper kelayakan kita tau…

    takpelah mngkin orang2 sekarang ni ingat dengan segulung ijazah maka solat dan ibadat lain diterima oleh Allah… dengan segulung ijazah maka Allah akan menyelamatkan daripada kesusahan…😛

  24. hukum dunia
    memang resamnya sudah begitu barangkalui
    namun ketentuan rezeki masih atas keputusan yang SATU

  25. Betol la eja JAD tu…
    dlu guwe pun ada apply… Archi kat sana..
    tapi mama tak bagi pegi…
    pastu apply archi kat UTM..
    dapat, tapi asasi UM turut memanggil,
    mama soh jadi dokter, maka masuk la ke UM…

    So,kadang2 apa yg kita nak sukar utk kita kecapi…
    Lagi2 klo ada ibu bapa yg nak campur tangan…
    Nak jaga hati parents, maka ikut jek la apa dia pilih utk kita…

    Pastu dah grad, ada ijazah tinggi gunung mana pun…
    zaman skrg ni, orang dah tak pandang kita ni degree apa,
    jadi sama standard lak…
    penat jek blaja biomed sci… keje xgah mana…
    tp xpe.. selagi mampu mencari rezeki yang halal…
    xpayah memilih keje sangat…

    ~~member long ngah brahim (pakngah) rupe2 nyer~~

  26. Betol la eja JAD tu…
    dlu guwe pun ada apply… Archi kat sana..
    tapi mama tak bagi pegi…
    pastu apply archi kat UTM..
    dapat, tapi asasi UM turut memanggil,
    mama soh jadi dokter, maka masuk la ke UM…

    So,kadang2 apa yg kita nak sukar utk kita kecapi…
    Lagi2 klo ada ibu bapa yg nak campur tangan…
    Nak jaga hati parents, maka ikut jek la apa dia pilih utk kita…

    Pastu dah grad, ada ijazah tinggi gunung mana pun…
    zaman skrg ni, orang dah tak pandang kita ni degree apa,
    jadi sama standard lak…
    penat jek blaja biomed sci… keje xgah mana…
    tp xpe.. selagi mampu mencari rezeki yang halal…
    xpayah memilih keje sangat…

    ~~member long ngah brahim (pakngah) rupe2 nyer~~

  27. fuuuuyoooooo.. hacker.. ni msti otak awk bergeliga.. sy plak tak brani nk hack-hack ni.. tkot trsalah bawak..

    palie, apa la sgt dgn sgala degree tu sume, yg penting pengalaman kita, kesungguhan kita.. insyallah.. rezki Allah bg sbrnya tak pernah putus.

  28. Tak lama lagi ada kilang Master & Phd heh!

  29. aku pun pernah ada cita2 cengitu.. tapi last last lebih ke designing.. kecik2 leh la berangan nak jadi hacker😦

  30. ‘saya budak malas belajar’

  31. nurnana – biasa laa tu… k.trg kan dah jadi bandaraya…

    azrul – yupp… btul tu…

    f-tia – sekali-kala nak fikir negatif skit…

    anei – belajar dari pengalaman…

    aremierulez – biasalah tu… adat dunia masa kini…

    nina – ok..nanti kalu nak dtg ganu… kontek laa ek..

  32. cik ehem – pandai baling je… score rendah… lalalaa…

    nur’ain – btul tu… belajar laa smpai ke liang lahad…

    kucai – best gak motto ko tu…

    pandagumuk – kalu belajar utk exam… exam itu untuk apa?

    notakematian – setujuu…

    terror of death – nasihat yg cukup bernas…

    pjoe – hukum dunia memang sebegitu…

    up – thanx jenguk blog ni…

    chezzy cheese – otak geliga? xde laa… biasa2 je… cam manusia normal yg lain…

    azzam supardi – xnak bukak kilang master & phd gak ke? bleh aku jadi share partner….

    starwalker – oh.. senasib laa kite ni ek…

  33. bagi mas la kan,tak kisah r org tuh ada dip,degree or xder certificate lnsg…yg penting rajin berusaha,jujur,ikhlas n jgn mudah putus asa..gerenti oraitttt

  34. akum..buat bangsa melayu & beragama islam…menuntut ilmu tu penting.hadis meriwayatkan tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad…nape menyesal tak dapat keje yang gah???menuntut ilmu sebenarnya untuk mementapkan diri kita juga untuk negara bangsa..melayu jgn malas berilmu,berakal..bangkitlah…sedarlah..berjuanglah..berkorban…berbaktilah…demi
    anak bangsa,negara dan agamamu.

  35. mas & master – yupp.. btul tu… yg penting nawaitu belajar tu yg kena btul…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: