Di Sini Tanpa Bicara…

Daun-daun berguguran memenuhi ruangan tempat letak kereta. Seumpama penyeri kepada persekitaran halaman hospital ini. Setelah berpusing-pusing dua tiga kali, akhirnya aku berjaya menemui tempat meletak kereta. Lantas aku berjalan menyusuri laluan ke wad pesakit. Wad ICU. Tingkat 3. Hospital Sultanah Zanariah, Kuala Terengganu.

Beep. Beep. Hanya itu yang kedengaran. Memecah kesunyian di sini. Bunyi-bunyian dari mesin rawatan. Aku cuba memahami apa yang tertera di skrin mesin-mesin tersebut. Tapi semua itu sukar untuk difahami. Yang jelas kelihatan hanyalah nombor-nombor serta jalur-jalur gelombang tertera pada skrin. Wayar-wayar serta tiub-tiub bersimpang-siur dengan berbagai warna dan susunan. Seolah menjadi hiasan wajib kepada pesakit yang terlantar di atas katil. Kedengaran juga erangan kecil pesakit yang menderita. Aku menjadi sayu. Pilu. Hiba.

Jam menunjukkan 6.55 petang, kurang lima minit untuk pukul 7 malam. Aku terus setia menanti di sini. Biarlah aku bersendirian di sini. Menemani datuk yang masih belum sedar. Kulihat air mata jernih mengalir di pipinya. Pasti berat kesakitan yang dialaminya. Penderitaan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Mungkin sebentar lagi, datanglah sanak-saudara yang lain.

Sebenarnya, aku benci berada di sini. Ianya benar-benar mengingatkan diriku tentang erti kesakitan. Keperitan. Kesunyian. Kesukaran. Dan juga tentang kematian. Bau ubat-ubatan juga memualkan anak tekakku. Mungkin kerna itulah aku tidak gemar ke sini. Entahlah. Aku tidak pasti selama mana keadaan ini akan berterusan. Yang mampu kulakukan hanyalah terus bertawakal kepada-Nya.

P/s: Kepada kalian yang membaca blogku ini, sudilah kiranya mendoakan agar datukku cepat sembuh. Amin.

27 Respons

  1. semuga semuanya selamat!

  2. sedih. sabar lah. semoga datuk awak cepat sembuh.🙂

  3. telah melalui….

  4. semoga datuk palie cpt sembuh- amin

  5. sabar la ek..ni sume dugaan..harap2 datuk awk sembuh..semuanya akan selamat k

  6. thanx pada yg berdoa…

  7. Semoga datuk kau sembuh seperti sediakala….waaaa…sedih aku…dah la aku x pernah rasa ade atuk….

  8. semoga sumenye yg terbaik untuk dilalui…

  9. Hi Palie…

    Ohh..sorry to hear your grandfather is not well….May Allah bless him and hope for a speedy recovery, Ameen.

    We are with you in this…

    Take care my friend…being with him and praying for his recovery is what you can do now, to elevate his pain.

  10. satu hari kelak, jika diizinkan punya umur yang panjang lagi, kita kemungkinan tinggi pun begitu jua. terlantar lesu di atas katil, yang melawat silih berganti, tapi kebanyakan waktu kita sendirian, terbaring lesu, sunyi, kesakitan, menanti saat dan detik dijemput oleh DIA.

    jangan pernah benci berada di situ, kerna berada di situ bererti kamu menemani dia… kamu antara sumber kekuatan untuk dia sekarang…

    http://nota-kematian.blogspot.com/2008/02/bukan-sempena-hari-kasih-sayang.html#comments

  11. Palie,
    Semoga bersabar. Telah berlalui – bau ubat memang memualkan tapi kita terpaksa demi insan tersayang yang banyak berjasa.

  12. sabar palie.. sabar.. semua ini dugaan.. dugaan berat ini selalunya menyedarkan kita.. semoga datuk kamu cepat sembuh.. temani lah datuk kamu.. sementara dia masih ada.. dahulu aku pernah buat kesilapan besar.. dan sekarang aku menyesal kerana tidak menjenguk kedua-dua datuk aku… mereka sudah tiada..

  13. semoga palie kuat semangat k. semoga atuk kamu cepat sembuh

  14. berapa umur datuk ko itteww.. semoga cepat sembuh juger

  15. semoga cepat sembuh..

  16. doa sentiasa…..

  17. insyaAllah.
    Rabbuna Yashfih.

    -d0ne-

  18. datuk palie skt eh…..

    sy doa kan semoga cepat sembuh..amin…

  19. harap datuk mu selamat sembuh…

    amin…

  20. bersabar ya palie.. doakan yg trbaik utk beliau.. amin

  21. doa aku bersama atukkmu

  22. semoga semua nya baik2 saje..

  23. sbr ek,moge2 dimudahkan segalenye.amin..

  24. relaks..jgn panik..byk2 la bersabor..semuanya ketentuan dari yang Esa..

  25. Salam Palie…..sama2 berdoa, semoga dipermudahkan.

  26. moga atok palie cepat sembuh gak
    amin~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: