Pabila Jari Jemari Ini Kembali Menari…

Melodrama hidupku terus berlagu. Masih mengekalkan rentaknya sama sepertimana sediakala. Cuma adakalanya rentak ini berubah seiring dengan perubahan sekeliling. Perubahan yang berpunca dari nilai-nilai revolusi yang cuba diserapkan dalam diri ini. Sekurang-kurangnya hidupku ini tidak menjadi terlalu statik. Bosan. Bagiku, terlalu banyak perkara yang ingin aku terokai dalam hidupku. Aku sedar. Kekangan masa serta kudrat pasti menjadi halangan untuk aku berbuat demikian. Namun, aku tidak pernah berputus asa.

Masa semakin pantas berlalu. Dan di saat ini barulah aku tersedar. Agak lama aku tidak menulis di sini. Menaipkan sesuatu yang terlintas di kotak pemikiran ini. Dan juga mencoret apa yang berlegar-legar di minda separa sedar. Entahlah. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Pelbagai persoalan serta kemusykilan yang muncul. Seolah-olah mempermainkan diri ini yang kerdil.

Huh. Rasanya setakat ini sahaja nukilanku untuk kali ini. Aku tidak sanggup untuk merapu yang bukan-bukan. Biarlah ringkas. Janji ianya tidak meleret-leret tanpa penghujung yang pasti. Nukilan kali ini sekadar untuk menghilangkan kegatalan tangan ini untuk menulis. Noktah.

P/s: Oh ya. Sekarang ini, aku baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Andainya ada yang ingin melihat hasil kerjaku yang tidak seberapa, silalah kunjungi http://luccadjiwa.fotopages.com.

8 Respons

  1. oh! saya baru perasan palie baru update skrg! dan sungguh lama jugak tidak update.. uhuhu..

    emm.. apa nk ckp yek..?
    xde ckp pape..
    hehe..

  2. Uhhhhh…. susah sungguh nak tunggu entri emas kamu nih…..

    appaun yang kamu tulis Palie, saya tetap akan baca….

    Hummm, Karnival Kerjaya minggu depan, turun tak?

  3. Oi…lama tak update!
    Haha.

  4. lama aku tunggu kau update…

    anyway, boleh tahan gak photo pages kau…

  5. salam…palie..lama tak masuk blog u…

  6. Assalamualaikum…! jawab jawab. heheh ^_^

  7. nina – saya pun xde apa2.. tu yg lama x update…

    abg har – x turun kot.. masa & kewangan tak izinkan…

    khairulnizambakeri – ni tgh update laa… hehehe…

    aremierulez – biasa2 jer.. baru berjinak2 ngan foto katakan…

    fiza – erk.. ye ke.. x perasan laa…

    nur’ain – salam… jawapan ringkas je…😛

  8. hai…update jugak akhirnya!😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: