Ideologi Politik Dari Perspektif Luar…

Sebenarnya entry ini aku buat bersempenakan perhimpunan haram satu ketika dahulu. Perhimpunan BERSIH ataupun HINDRAFF. Namun, kemalasan tahap tinggi serta ketandusan idea menyebabkan entry ini tersimpan dalam draf untuk tempoh yang lama. Dan di saat ini, aku rasa entry ini sesuai untuk di’publish’kan untuk tatapan ramai.

Politik? Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa aku cuba mengutarakannya di blog ini. Agak pelik entry kali ini andainya dibandingkan dengan entry aku yang lepas-lepas. Maaflah kupinta andainya entry kali ini lebih berbaur politik. Aku mohon ribuan kemaafan terlebih dahulu andainya ada antara kalian yang tersinggung atau tidak berminat dengan entry kali ini. Aku menulis sekadar untuk suka-suka. Dan tidak pernah terniat di hatiku untuk memaksa orang lain membaca serta bersetuju dengan apa yang aku tulis. Bagiku, politik juga sebahagian dari kehidupan kita. Samada secara sedar ataupun tidak. Jadi, tidak salahlah aku berbicara tentang politik di sini. Berbicara mengenai politik samalah seperti berbicara tentang kehidupan. Tidakkah begitu?

“Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.” ~ http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik

Itu adalah definasi yang aku perolehi dari Wikipedia. Berdasarkan definisi ini, bolehlah kita simpulkan bahawa politik ini wujud di mana-mana dalam kehidupan seharian kita. Mungkin sesuatu keputusan itu boleh diperolehi secara demokrasi, liberalisme, kapitalisme, anarkisme, komunisme atau sekularisme. Sekadar menyebut beberapa sistem @ ideologi yang biasa didengar. Ya. Dalam kehidupan di muka bumi ini, kita pasti tidak terlepas dari membuat keputusan. Banyak perkara dalam hidup ini memerlukan kita membuat keputusan. Contohnya, membuat keputusan dalam memilih jurusan pengajian di institusi pengajian tinggi. Ataupun membuat keputusan dalam memilih calon pasangan hidup. Itu semua hanya secebis dari keputusan-keputusan yang perlu dibuat semasa kehidupan duniawi yang sementara.

Berbalik kepada skop yang lebih luas. Andainya melibatkan seluruh masyarakat, keputusan yang perlu dibuat pasti lebih sukar. Lebih kritikal jikalau dibandingkan dengan keputusan yang perlu dibuat oleh seorang individu. Contohnya, pilihanraya di negara ini. Sebagaimana yang kita semua ketahui, pilihanraya merupakan proses rakyat membuat keputusan untuk memilih kerajaan. Secara tidak langsung, pilihanrayalah yang bakal menentukan kebangkitan ataupun kejatuhan sesebuah kerajaan. Noktah.

Ok. Lupakan Perhimpunan BERSIH ataupun HINDRAF. Aku tidak ingin memperkatakannya. Cukuplah saluran-saluran yang sedia ada mengulasnya sebelum ini. Entahlah. Aku sendiri merasakan diriku belum cukup matang untuk berhujah panjang lebar mengenai politik. Terlalu mentah barangkali. Lebih ramai manusia di luar sana yang lebih layak membicarakannya berbanding dengan diriku yang masih hingusan ini.

Di sini, ingin aku tegaskan bahawa aku tidak berniat untuk menyokong mana-mana pihak. Tidak kiralah ianya parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Bagiku, kedua-duanya ada kelebihan serta kekurangan tersendiri. Aku yakin kalian semua sudah matang serta bijaksana untuk membuat penilaian tersendiri. Masing-masing ada hak serta pendirian sendiri. Aku menulis di sini sekadar meluahkan pandangan dari mata kasarku. Pandangan seorang individu muda yang baru berjinak-jinak untuk mengenali dunia politik.

“Kotoran di baju ketika bermain boleh hilang. Tetapi pengalaman ketika bermain kekal selama-lamanya.”

Yup. Memang benar kata-kata tersebut. Tepat jam 9.00 malam semalam, berakhirlah tugasku sebagai SPR. Bagiku, pengalaman kali pertama menjadi SPR ini benar-benar membuka mataku. Barulah aku sedar tentang semua ketidakbenaran tohmahan yang dilemparkan kepada SPR selama ini. Bagiku, SPR benar-benar telus dalam menjalankan amanah semasa pilihanraya. Terlalu ketat prosedur serta etika yang perlu dituruti. Kadangkala, aku mengganggap sesetengah perkara dalam pilihanraya itu terlalu remeh. Tetapi tidak untuk SPR. Semua perkara yang berkaitan dengan pilihanraya dititikberatkan. Dari proses menyusun tempat pengundian hinggalah proses menghantar kiraan undian.

Berjam-jam aku berada di tempat pengundian. Seawal pukul 6 pagi, aku sudah berada di sana. Membuat persiapan terakhir sebelum proses pengundian yang bermula pda pukul 8 pagi. Pelbagai ragam serta karenah pengundi yang datang mengundi dapat dilihat. Yang paling tidak dapat kulupakan, seorang warga emas yang ingin mengundi untuk kali kedua pada sebelah petang. Mati-mati dia mengaku bahawa dia belum mengundi. Sedangkan seawal 8 pagi dia sudah beratur untuk mengundi. Akhirnya, barulah diketahui bahawa dia sebenarnya mengidap penyakit nyanyuk. Huh. Memang kelam-kabut seketika kerna melayan karenahnya. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang tidak tertaip untuk dikongsikan di sini. Cukuplah dengan apa yang telah tertaip sepertimana di atas.

“Cinta ibarat boomerang. Ia datang dan pergi. Namun, mampukah ianya berbuah realiti?”

Erk. Apa kaitan cinta dengan politik sebenarnya? Maaflah. Sebenarnya tiada kaitan pun. Mungkin aku bakal memasuki mood berkasih sayang. Entahlah. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

27 Respons

  1. kalau tak jadi SPR, u would never knew it, kan? that’s the benefit of being in gov officer’s shoes once in a while.

  2. ehem… palie ade ‘org baru’ ehhh.. hihi. muga berbahgia lah ye… btw, cinta ibarat boomerang. istilah baru nih.😀

  3. politik = cinta ?? hehe. mungkin tidak..

  4. memang lately ni semua blog komen pasal pilihanraya. elok la tu

  5. hahah..undilah aku..huhu

  6. bosah dh aku ngan politik..KOTOR jer stiap mase..baik BN atau BA..malas aku

  7. politik skrg politik kotor

  8. politik kotor…istilah ni telah di guna pakai sejak dulu lagi…memang duni politik tidak ada yg bersih. itu hakikatnya… by the way, ape pendapat kau tentang keputusan pru 12 ni?

  9. politik kotor?
    bunyi sungguh naif.
    ada lagi ke benda yang masih bersih dalam dunia nih sekarang?😆
    jadi pilihannya cuma tentang mana yang paling kurang kotor<-rujuk kepada semua

  10. lebih baik jgn jd politician kan? fening kepala! fening!

  11. ahhhha… ahhhha… palie dan cinta.
    ^_^

    *xnak komen pasal PRU.. dah ramai sgt org komen :)*

  12. aremierulez menulis

    duni politik tidak ada yg bersih. itu hakikatnya…

    Hope tarik balik kenyataan saudara. Rasulullah juga berpolitik….

    Politik itu tidak kotor, tetapi manusia sekarang mengotorkan politik itu….

    Apapun, Palie, saya setuju apa yang kamu tulis…. Kalaulah SPR tak telus, manakan dapat 5 negeri ke BA bukan. Apapun, saya rakyat, mahukan pembaikan sistem Malaysia. Walau apapun panji yang dijulang, pembaikan itu penting….

  13. hahaha…orang nyanyuk pon layak mengundi ka? pelik aku…ko jadik kerani undi mesti hari tu ko kaya kan…hahaha

    Aku dah pening dengan politik ni…sana tak kene sini pon tak kene…nanti aku nak buat kerajaan dasar laut la lepas abis belajar civil ni….hahahah

  14. owh.. palie.. tak perasan pn klo login gune WP.. ahahah..
    cube teka ni sapeee..? ;p

    clue : seseorg yg u nk bawak pegi tgk masjid kristal😉

  15. azhar ahamd..

    maksud aku, dunia politik sekarang. bukan zaman rasullulah.

    zaman rasullullah, mereka berpolitik untuk umat dan agama. bukan seperti sekarang…masing2 mempunyai agenda tersendiri.

  16. tersenyum saya baca. Yang bawah dan akhir. Yang atas dah biasa.
    🙂

    Thx

    -d0ne-

  17. hehehehehe…….. SPR fuck crap……. sila baca blog aku tghari nanti……….. aku masih menaip entry aku hahahahaha… tak pun petang ke malam ker hahahaha

  18. mungkin tmpt palie proses pilianraya yg dijalankan SPR telus…

    tapi cam mane di tmpt lain

    sy mungkin di pihak pembangkang, mungkin org akan cop alah dia pembangkang mmg ckp camtu

    tapi kwn saya yg berkerja keras dgn BN sendiri dan penyokong kuat BN sendiri cerita ada salah satu tmpt MR. x bertanding…jumlah yg dtg mngundi sedikit (senarai yang hadir mengundi tidak menipu, sbb setiap wakil dari parti ada dlm bilik mengundi utk menyemak) tetapi bila time kira byk dari yg dtg mengundi…camne boleh jadi camtu?

  19. betul..yg aku maksudkn kotor adalah politik zaman sekrang..hanya pentingkn jawatan dan kepentingan sendiri.kalu nk bandingkn sekrang dengn dulu mcm kita bandingkan kereta kancil dengan kereta brabus..terlalu jauh bezanya..yg sama hanyalah tayar 4 biji..tp aksesori dan rekabentuk terlalu jauh bezanya…

  20. “tapi kwn saya yg berkerja keras dgn BN sendiri dan penyokong kuat BN sendiri cerita ada salah satu tmpt MR. x bertanding…jumlah yg dtg mngundi sedikit (senarai yang hadir mengundi tidak menipu, sbb setiap wakil dari parti ada dlm bilik mengundi utk menyemak) tetapi bila time kira byk dari yg dtg mengundi…camne boleh jadi camtu?”

    maybe datangnyer dari undi pos.sebab undi pos hanya dikira sekali ngan undi biase

  21. tak tau la wanmus, tapi kawasan bukn tempt sepatutnya ade undi pos

  22. Politics is something that necessary in any type of govt, be it democracy, socialist, liberal etc….and politics is fine and not dirty as what many suggested, but what makes it dirty is the people who involve in politics! Hence, with corruption, chronicism and nepotism…all bcoz of power and money alas right or wrong is not in their agenda…

    They are the culprit in politics!!

    Gr8 post of the latest.Thanks for sharing your view on this issue. Have a gr8 day my friend.

  23. sana sini bercerita pasal Politikkkkk…
    kalo nak sy berhujah, pnjg lak nanti hehe…

    apapun sy tunggu “kerajaan cinta” yg bakal sy dirikan xlama lagi hahaha

  24. setakat ni, xpernah dgr lg psl politik bersih huu
    klu mcm 2lah gayenye..xnak ar ngundi ntk 5 thn akn dtg lg..
    bley x? hee=p

  25. aku x reti nk berpolitik…

  26. pilihanraya pun dah berlalu… so aku malas nak komen apa2… masing2 ada pendirian @ pendapat tersendiri…. tepuk dada… tanyalah iman…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: