Bicara Orang Pinggiran…

Di suatu sudut penjuru ini
Aku duduk bersendirian
Seharian masa kuhabiskan
Hanya sekadar untuk merenungi
Cermin usia yang setia menemaniku
Merenung hari-hari yang telah berlalu

Saban hari aku berusaha
Untuk menjadi seseorang
Insan yang kenal erti redha
Menerima segala yang berlaku
Dengan hati yang terbuka
Dalam meniti hari-hari mendatang

Adakalanya keberanian diri ini direntap
Oleh ketakutan yang mendatang
Pabila memikirkan amal ibadat sendiri
Cukupkah dengan apa yang ada
Untuk dijadikan bekalan diri
Dalam menempuhi dunia satu lagi

Entahlah…
Hanya ungkapan itu mampu diluahkan
Kerna aku sendiri tidak pasti
Apa yang bakal terjadi di masa hadapan
Adakah aku terus-terusan begini
Atau berubah secara drastik?
Aku tiada jawapannya
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui

~ Palie (04.03.2008)

28 Respons

  1. kalau saya

    perenggan pertama – ehehehe usia meningkat tapi zero

    prenggan kedua-terima seadanya tapi patutnya kena lakukan perubahan

    Perenggan ketiga-takut tapi ibadat tetap kurang rase mmg tak cukup lagi utk bawak ke akhirat

    last sekali – ye la mmg tak dpt bace apa yg akan berlaku di masa akan dtg, tapi masih boleh utk memperbaiki diri

  2. tak perlu kita berubah secara drastik palie..
    belajar la dgn cara meredhai ape yg kita ada & tidak ada..
    itu pon sudah memadai..

  3. Kamu dipinggirkan, atau meminggirkan? Huhuhuhu, mungkin kepinggiran kamu bermasalah….

  4. ko suka bersajak dan puisi ya…
    bagus…

  5. layann puisi itteww..

  6. Sangat sedap dibaca…Thank You.

  7. belajarlah menghargai apa yang kita ada…berusahalah seadanya untuk gapai apa yang kita nak…tapi jangan terlalu berharap, nanti tak dapat, jadi teruk…
    masa depan boleh dirancang, tapi bukan kita yang menentukan…kan?
    everything happens for reasons.

  8. berubah secara drastik? sy kurang setuju.. nanti kalau kecewa sebab perubahan tu, lagi susah. sandarkan semua pada DIA. =)

  9. nak tanya saje tentang quote of the day itu..
    kalau maruah yg dicalar, haruskah kemaafan dihulurkan sedangkan kemaafan itu tidak pernah dipinta?

  10. sedang bermuhasabah diri ya palie..? bagus tu. apapun selalu optimis ya. Baru kehidupan kita ceria

  11. salam maulidur rasul palie😉

  12. I suke bace sajak u. Best. sungguh meaningful. But what touches my heart more “Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.” It’s true.

  13. wow….ko memang leh jadik pelapis A.Samad Said la…dengan Mesej Ketuhanan yang mendalam…Ni baru Baek Punye….

    Congratz bro…Page rank Ko gile banyak…5 tu….

  14. anei – thanx for ur ‘ulasan’… hehehe…

    chezzy cheese – yupp… sedang belajar menerima sesuatu dengan seadanya…

    abg har – sekadar bicara ketika layan ‘lost’….

    aremierulez – tulis suka2 je… utk isi masa lapang…

    en_me – kekdg kena layan puisi gak.. biar jiwa ni jadi prihatin skit ngan keadaan sekeliling…

    noushy syah – thanx so much…

  15. aishah – thanx for ur advise

    atiqahnasir – yupp…. berserah segalanya pada-Nya… tawakal…

    azie – erk… susah nak jawab tu… ade sesapa nak tolong jawabkan?

    nur’ain – kite ni insan biasa… tak lari dari buat kesilapan kan?

    aria ayumi – salam maulidur rasul gak…

    princess liyana – thanx jenguk blog x seberapa ni…

    hariz – erk… thanx sbb puji… mane laa aku layak lawan a.samad said tu… sajak picisan je ni… eh… ye laa… page rank aku dah naik 5.. x perasan lak…

  16. perubahan itu membawa paradigma baru
    samaada lebih positif atau tidak terpulang kepada pembawakan

    niat yang penting
    AMIN

  17. hati yang bersih, pulangannya juga bersih.

  18. kau tak pernah ke hasil karangan kau ni ke mana2 pertandingan ke..
    mane la tau leh menang kan?

  19. kau layan la cite the air I breathe
    dan kau tau la pasal masa depan
    walaupun kita mungkin dpt lihat masa depan
    belum tntu ianya terjadi spt apa yg kita nmpak di masa depan itu [dlm vision mase depn tu la]

  20. kayuh pelan2.biar dikit2.dr kite berubah drastik dan terlalu penat dgn perubahan tu😉

  21. kalau saja ada yang mau mengerti
    apa yang tersimpan di hati
    mungkinkah semua akan terjadi
    seperti apa yg aku ingini?

    Tuhan Maha Mengetahui juga Maha Mengabulkan
    apakah Dia akan mengabulkan doa ku?

    palie..
    long time no singgah..
    hehe..
    ^_^

  22. pjoe – aku hanya harapkan perubahan yg positif…

    mentallyaddicted – yupp… tepat sekali kata-katamu…

    aremierulez – erk… x tau nak hantar ke mana… ade idea x?

    bulus – hahaha… pengaruh filem ni…

    pandagumuk – kayuh pelan2? nanti lambat laa sampai… hehehe…

    ninadw – ingatkan dah x sudi singgah blog ni… huhu…

  23. eeeh.. mana ade.. ai singgah jugak.. tp, tak bg komen.. hahahha..

  24. masa depan itu hanya dalam genggaman hakim semesta. semalam itu sejengkal ke belakang sahaja. jauh lagi perjalanan kita untuk esok.🙂

  25. knape hati slalu sedih..ade jawapan??

  26. no komen.. sendiri mau tgok cermin usia laa..

  27. nina – oh ye ke… tq so much….

    faalifyazai – wah… kata2 yang cukup indah & puitis…

    dieya – kesedihan itu adalah mainan perasaan kita…

    tiada rahsia wulan – tgh tgk cermin laa ni.. tp x jumpe2 jawapannya…

  28. pejam mata tengok album hati..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: