Mendung Tanpa Sinar Sang Suria…

Jumaat. 9 Mei 2008. Angin bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa. Terasa nyaman menyelimuti diri ini. Aku terjaga agak lewat daripada hari biasa. Namun, semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadaku. Ya. Di sini, hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Jadi, aku tidak perlu terburu-buru. Tiada apa yang perlu dikerjakan di saat ini.

Setelah selesai mengerjakan solat fardhu Subuh, aku kembali berbaring di atas katil. Niatku sekadar untuk melelapkan mata untuk seketika. Namun, semua itu tidak kesampaian. Tanpa diduga, memori-memori silam kembali menerjah-nerjah benak minda ini. Kenangan manis serta pahit silih berganti seolah-olah memaksa jiwa ini melayani perasaan. Aku cuba kuatkan hati ini agar tidak terus terbuai-buai dengan layanan perasaan yang tiada penghujungnya.

Biarlah memori silam tersimpan dalam benak mindaku sendirian. Cukup sukar untuk aku melupakannya. Kerna bagiku, ianya umpama anugerah kepada diriku agar lebih menjadi matang. Sekurang-kurangnya apa yang telah berlaku di masa lalu mampu menjadi pedoman kepada halatuju hidupku di masa hadapan. Insyallah.

Dumm. Bunyi tingkap kayu yang tertutup ditiup angin benar-benar mengejutkan tidur lenaku. Barulah aku tersedar bahawa sudah agak lama aku terlena. Sedar tidak sedar, jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Entahlah, badanku terasa agak penat. Mungkin kerna keletihan terlampau. Terlalu banyak aktiviti yang kulakukan sepanjang 2-3 minggu sebelum ini. Di bawah ini, aku senaraikannya secara ringkas.

21-22 April 2008 – Kuala Lumpur (Software KRIM Network)
24-26 April 2008 – Kuala Lumpur
30 April 2008 – Badminton KRIM Network (Kompleks Belia & Sukan, Pasir Panjang)
1 Mei 2008 – Pertandingan Futsal KRIM Network 2008
2 Mei 2008 – Kuantan
3 Mei 2008 – Trip Ke Rantau Panjang & Kota Bharu
5 Mei 2008 – Badminton KRIM Network (Kompleks Belia & Sukan, Pasir Panjang)
7 Mei 2008 – Bowling KRIM Network (TER, Kuala Ibai)
8 Mei 2008 – Badminton KRIM Network (TER, Kuala Ibai)

Oh ya. Aktiviti-aktiviti di atas inilah yang membantutkan penghasilan karya nukilanku di dalam blog ini. Ribuan lafaz kemaafan dipohon daripada kalian yang tertunggu-tunggu untuk membaca nukilan terbaru dalam blog ini.

20 Respons

  1. wouuu byknyer aktiviti anda hehhe…
    nanti aktiviti bersama sy, leh la update kuikuikuikui….

  2. jgn bersedih ya…

  3. mmg susah kalu nak lupakan kenanangan manis, kalu duk nak lupa, bile time boring duk ingt balik..

    erk pi kuantan ke….jauh nye jln

  4. wah…semakin sibuk ko sekarang…semakin berwibawa…ko sesuai jadik cendikiawan…tulis la satu buku puisi untuk sang pujangga di bawah pokok getah….Tajuk buku tu Puisiku Baek Punye…mungkin boleh menang award Puisi moden terbaik di zaman ini…hehehehhe

  5. heh. tajuk macam sedih2 jer…jangan lah sedih2 lagi. ooo baru saya tau kenapa en.palie lama tak hapdet. busy bonar rupanya. 🙂

  6. mak aih, bz dengan badminton je…

  7. pola – insyallah… kalu diizinkan.. pasti kite dpt ber’aktiviti’ bersama2…

    fara – busy skang ni… x sempat nak bersedih2…

    anei – saje je gi jalan2… nak lupakan kepahitan…

    hariz – erk.. cendiakawan? aku x layak lagi laa…

    adinda – sejak bile tukar nickname ni?

    zuriaf – exercise katakan… dalam proses jaga kesihatan…

    azzam supardi – senyum je?

  8. beb…
    kau kena tag
    hoho

  9. ok..kau nak bgtau ko bz sampai xbleh update blog..kan???

  10. kau sedang bersedih ke?

    nape semua org bersedih ni?
    musim mari bersedih ke?

  11. patut la jarang update…
    busy memanjang nih…

  12. huhuuh. tajuknya sudah sediiiih banget.. Senyum selalu ye wak..nanti cepat tua tau

  13. fuyoh, banyaknyer aktiviti ittewww.. me tukar blog baru pun ko x tahu jang.. ehehe

  14. main badminton? apasal tak pegi wakil malaysia ke piala thomas? he he he

  15. pjoe – erk.. kena tag ke? tgk laa nanti.. kalu aku free.. aku wat laa…

    nurnana – lebih kurang camtu laa… hehehe…

    aremierulez – xde laa sedih sgt… saje2 je layan perasaan…

    Azzam Supardi – tq bro…

    nur’ain – erk.. cepat tua ke?

    en_me – tu laa pasal… sorry lama x jenguk blog kamu…

    aTiQah – wakil piala thomas? hahaha… bermimpi di siang hari tu..

  16. kalau la sy di Ganu, msti dpt folo nih.. jelez tul. asyik duk KL jer..

  17. hm..padat aktiviti:)

  18. cheezzy cheese – tu laa pasal… pindah laa keje sini.. hehehe…

    Princess Liyana – yupp.. lebih kurang camtu laa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: