Rintihan Bicara Sang Pencinta…

Peperangan meletus lagi. Tetapi perang kali ini tidak sama seperti dahulu. Untuk kali ini, subsidi minyak petrol terpaksa dihapuskan. Kononnya untuk meringankan bebanan kerajaan. Bebanan kerajaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Jadi kenaikan harga minyak petrol pasti sukar dibendung lagi. Berbeza dengan peperangan dahulu yang hanya melibatkan banyak senjata api dan bahan letupan. Kini ianya benar-benar berbeza.

Dan seperti biasa, aku hanya sekadar mampu duduk termenung sambil menghirup secawan teh panas di kedai kopi. Bagaimana harus aku menempuhi kehidupan yang semakin mencabar di saat ini? Zaman di mana semuanya memerlukan wang. Aku pasti kenaikan harga barangan lain pasti menyusul selepas ini. Yang paling utama, kenaikan harga makanan asasi seperti beras, tepung gandum, minyak masak dan sebagainya.

Aku tahu. Kalian pun pasti tahu. Pelbagai kesan negatif akan timbul dari kenaikan harga makanan asasi ini. Jenayah pasti meningkat. Itu semestinya. Tidak percaya? Tunggu dan lihatlah sendiri.

Ataupun mungkin kita hanya melihat manusia kembali menggunakan haiwan sebagai pengangkutan utama. Kereta lembu dan kuda pasti mendapat tempat di kalangan manusia pada masa hadapan. Ataupun sungai serta laut digunakan secara optimum. Rakit serta perahu pasti memenuhi segenap ruang sungai mahupun laut.

Entahlah. Bilakah semua ini akan berakhir? Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

30 Respons

  1. segala2 nya perlu dihadkan nampaknya. perbelanjaan harian kena recheck. tableh spend much on entertainment anymore. masak sendiri. kurangkan makan di luar. owh ho. berjalan2 pun kena tong2 duit minyak sekarang. dahsyat!

  2. hmmm.. hidup makin meletihkan.
    semalam cuba membeli di pasar mlm.
    harganya sudah setaraf dgn kedai makan.
    huh..

  3. good post……mungkin selepas ini kita perlu fikirkan, kita atau masyarakat islam pula yang mengawal harga minyak dunia….tapi mungkinkah itu berlaku???

  4. apa kaitan tajuk entry ini dgn isi nyer??? T__T

  5. Kuasa membeli rakyat Malaysia sudah berkurangan dengan mendadak sekali. Sedih sungguh rasanya…😦

  6. minyak ni, nak boikot pun tak bleh. takkan nak isi tangki dengan air pulak. haih.

  7. ape pun hidup mesti diteruskan…

  8. Ada yang mengatakan Tel Aviv ni sebab nak serang Iran..Orang kata:
    Mudah tolak ansur orang adalah Melayu
    Sedegil-degil manusia adalah Israel..
    ‘Demam’ petrol di:
    httt:/loko9691963.wordpress.com

  9. hm..ntah la kan..
    dlu beras naek ni mnyak naek..
    adei..mcm2 la..

  10. title entry nih jiwang2 gitu. hehe.

    hm. doa2 lah rezeki yang tuhan beri pada kita walau sedikit moga diberkati. Jangan biarkan diri kita diselubungi kacau bilau dunia sementara.

  11. lorr, tajuk ingatkan ade cerita yg menarik psl cinta, rupenye pasal minyak ehehehehe

    yg malangnye org yg berganji rendah

    senang2 semua naik basikal, tak perlu kos minyak…

  12. aduh takdela sampai tahap kite kene kembali ke alami. cukupla dengan mula berjimat cermat. hahaha.

    p/s: orang beso kate “UBAH GAYA HIDUP”. depa yg kata bkn aku.

  13. cehhh.. aku ingatkan kisah jiwang tadiii… beria berkobar-kobar nak baca.. tp aku baca jugaklah sampai habis… hehe=p

  14. hmm,keadaan skang ni makin merisaukan.. ntah ape plak la yg akan jadi di masa depan.

    semua barang naik harga.. susah la nk hidup unless saya ni anak menteri ke, lain la citer. huhu

  15. haha.
    takleh bayang jalanraya penuh ngan kete lembu n kete kuda.
    sure jam nanti.
    hahaha..

  16. hye🙂
    salam kenal kembali

  17. uhu. harga barang naek takpe lagik. klw jenayah yg makin meningkat, habes lah malaysia ku terchenta. huhu.

  18. hm..naik lagi!entahla

  19. Hahahaha… aperla ko ni pali cam pempuan. Ko nie matang ke tak matang???? DI mana kejantanan ko nie ? perangai cam pempuan.. yang ko sibuk sangat ngan hal isu semana apa hal??? camana dengan diri ko tu??? sedangkan sikap ko tu suke jaga tepi kain org ni kan nak jaga hal isu semana. Setakat cakap tapi tak buat buat aper? Ko ni kaki sembang je.. Yang pic ko ambik kat bawah meja tu apehal? ko ni cam budak-budak la. Sedarla wahai pali yang bermata empat. Aku rasa baik ko g masjid buat amal banyak-banyak. Nak kata ko ni teror tapi aku rasa ko still not mature. Ubah la perngai ko tu dulu sebelum org lain kutuk ko nanti. huhuhuhuhu.

  20. Mat Beramboi – salam bro… apa hal ni? aku rasa aku x penah jaga tepi kain orang… cerita dalam blog ni semua pasal diri aku je… come on laa… kalu x suka baca… xyah laa baca ek… nyusahkan diri ko jer…

  21. main kutuk2… org yg kutuk tu pun patut byk gi masjid.. yerla.. kalo masjid mesti tok guru tak bg kutuk2 org mcm ni.. same2 la kite cermin diri ek ; )
    p/s: manusia mane ade yang sempurna…
    jaga diri.. hiasilah peribadi..

  22. giler ke ape mamat beramboi ni.
    bahasa tak agak2.
    sepatutnya better hang yg cermin diri sendiri dulu.
    byk kurangnye tu.

  23. 🙂

  24. ek????
    dah update.. ahahahaha..

  25. kalau nak ikut Teori Ego Manusia yang aku baru cipta tadi, mereka suma takkan berubah dari pakai keta mahal ke basikal buruk atau rakit. tapi aku setuju dunia bagaikan roda. akhirnya kita akan kembali seperti dulu.

  26. nani nmpak kan…ramai org naik basikal lah skrg ni…

  27. hahaha

    abeh kalau tak retinak basikal, macam mana??

    aihhh…

    anyway, palie bro… update lah link terror of death tuh.. aku dah tukar blog.. tukar ke wordpress.. alamatnya adalah..

    http://orangjahat.wordpress.com

    hahah tolong update yek kawan..

    gunblade = terror of death..

  28. apa yg tak naik skrg? lpas ni cuba awk cite plak brg2 yg tak naik harga.. kan best.. kikikiki..

  29. dah update… lalala….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: