Arus Melankolik Menyapa Diri…

13 Jun 2008. Hari Jumaat.

Irama bunyi melankolik kembali bergema sekembalinya aku di sini. Tempat yang hampir sama dengan tempat yang aku pernah kunjungi tidak lama dahulu. Terasa seolah-olah irama melankolik ini menguasai segenap pelusuk mindaku ini. Mengasyikkan. Hanya perkataan itu sahaja yang dapat mengambarkan apa yang aku rasakan di saat ini. Belum sempat kaki ini menjejak pasir pantai di Pulau Perhentian, bayu laut telah menyapa lembut pipiku. Terasa benar kelembutan hembusan bayu laut ini. Kelembutannya benar-benar membuatkan aku jadi teruja. Aku berdiri sebentar. Tidak berganjak ke mana-mana. Membiarkan sepasang mata ini memerhatikan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Benarlah kata-kata orang tua. Pantai berubah kerna ombak mendatang. Kulihat persekitaran di sini hampir sama dengan tempat dahulu. Laut membiru tenang. Pasir pantai halus memutih. Ciri-ciri kedua-dua pulau ini hampir sama. Yang membezakannya cumalah sekadar nama serta lokasi kedudukan koordinatnya di muka bumi ini.

Oh ya. Kehadiran aku kali ini juga agak berbeza dengan sebelum ini. Untuk kehadiran kali ini, aku ditemani oleh keluarga. Percutian keluarga yang sudah lama dirancangkan. Kehadiran aku sebelum ini, biasanya hanya bersama rakan-rakan. Satu kelainan buat diriku untuk kali ini. Aku benar-benar menghargai percutian kali ini. Bagiku, ‘masa berkualiti’ seperti ini perlu digunakan sebaik mungkin. Entah bila masa seperti ini boleh diperolehi lagi di masa hadapan. Masing-masing sudah besar panjang. Ada yang sudah berkeluarga. Ada yang sibuk bekerja. Sepertimana diriku. Dan tidak lupa juga, masih ada yang sedang meneruskan pengajian.

Percutian ini benar-benar menghilangkan kesepianku buat seketika. Kadangkala aku terfikir, kesepian yang pernah aku tempuhi selama ini benar-benar mengajar aku untuk lebih menghargai cinta. Aku tersedar. Cinta ini tidak hadir hanya sekali. Mungkin hari ini kita kecewa. Mungkin juga esok kita bahagia. Bahagia apabila bertemu si dia yang diidam-idamkan selama ini.

Huh. Melodarama puitis kembali menerjah diri ini. Aku sedaya upaya tidak mahu berbicara tentang cinta untuk entry kali ini. Namun, aku benar-benar tidak mampu untuk berbuat demikian. Mungkin ketenangan ketika berada di pulau ini yang memangkin semua itu. Ketenangan yang mampu menenggelamkan jiwa sang pencinta yang dahagakan sebuah kasih sayang. Moga-moga ketenangan ini mengiringi kisah perjalanan hidupku di muka bumi Tuhan ini.

Cukuplah coretan melanklolik aku buat kali ini. Maaflah andainya ada yang meluat ataupun termuntah apabila membaca entry kali ini. Hingga berjumpa lagi.

27 Respons

  1. wooo..ketenangan? cinta? keluarge? palie ko memank suda dewase berbndink manyak lelaki yg aku kenal..u tink deep🙂

    dannn..utk laki dewase pasti perlukn teman..cpatla kawennnnn..hikshiks

    tepapekn kumen aku:p

  2. wooo..ketenangan? cinta? keluarge? palie ko memank suda dewase berbndink manyak lelaki yg aku kenal..u tink deep

    dannn..utk laki dewase pasti perlukn teman..cpatla kawennnnn..hikshiks

    tepapekn kumen aku:p

  3. lama tak masuk dan baca kisah melankolik kau macam ni..😀

  4. luca sifoo.com kah ini hehehheh hello bro🙂

  5. “Cinta ini tidak hadir hanya sekali. Mungkin hari ini kita kecewa. Mungkin juga esok kita bahagia. ”

    Amin~….
    MOga2 apa yg palie ckp ini ada benar nya…..

  6. sy sgt suka baca entry2 awak.
    yg pasti walaupun kite 1 bidang tapi penulisan awak lagi brseni berbanding sy. hehehehe sabar2 ya palie. cinta tu tetap akan hadir suatu hari nanti.🙂

  7. hahahahahah..palie

  8. heheheh i love u palie..

  9. MAcam ku prnah dengar ayat tu…………..
    tapi dimane ya..?????

  10. aku pun bosan jgk

  11. Hey, sape kata kau tak kena? Kamu kena kena describe your experience(s) on dealing with unwanted salesperson. Apa kamu buat kalo nak halau dorang…?

    http://ainmj.wordpress.com/2008/06/12/a-useful-guidei-guess/

    Selamat Menjawab~
    lalalala~

  12. “Cinta ini tidak hadir hanya sekali. Mungkin hari ini kita kecewa. Mungkin juga esok kita bahagia. Bahagia apabila bertemu si dia yang diidam-idamkan selama ini.”..hurm,,,=)..

  13. pulau perhentian… lawanya… bila laa bleh pi sana nie… hmm…

    Cinta ini tidak hadir hanya sekali.

    yeah… totally agree…🙂

  14. erm… palie, i’m here again… cantek dan tenang saja gambar tu. hope palie pon camtu jgk. hope tenang dan bahgia selalu….

  15. palie… cantiknya gambar tu… suka angle die… teringin nk pegi pulau perhentian… huhu. entah bila ada rezeki nya…

  16. Cuti-cuti Malaysia ya. Baguslah. Tenang-tenangkan diri.

  17. oh ya ape cerita pasal si dia yg diidam2 kan, dah berterus terang ke belum?

  18. huhu..sangat seronot..sangat cantik…sangat jiwang2..

  19. saya try masuk dr smlm lg tp asyik problem je.. tatau apsal. nk login ke WP pn punyelaa lama.. connection saya lembab mcm siput sejak smlm.. tatau apsal

    **maaf terkomen yg tak berkaitan ngn entri la pulak.eheh

  20. hahaha..jiwang nyer die.. xper2 semoga kiter hargai mse kiter bercme ye…

  21. palie…think positive. semoga berjumpa apa2 yang dicari…
    take care.😛

  22. nice picture.
    en.palie memang jiwang.🙂

  23. Salam Perkenalan…

    Nice Pic…

    kebanyakan orang suke p pantai tenangkan fikiran dan bermuhasabah diri…. saya pulak selalu p pantai buat sampling hik hik hik…. as a oceanographer, susah nak dapat menikmati keindahan pantai… kat tepi pantai kena buat keje, keje n keje huhuhu…..

  24. Hi I’m looking to build up my incoming links for my blog.
    Would you like to exchange blogroll links with me?
    If yes, please visit: http://bigmoneylist.blogspot.com/
    and leave your URL for your blog there. I’ll link to you within hours. Thanks.

  25. palie yg jiwang hehe

  26. saya suka baca entry2 awak.makna yang mendalam.tulus dari hati.hasilnya..dibaca oleh umum dan mata saya antara yang menangkap~~~luccadjiwa~~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: