Kedinginan Malam Ini…

Cameron Highlands. 11 Julai 2008. Sehari selepas tarikh kelahiranku.

Rosa Pasadena. Casa Dela Rosa. Sekadar menyebut beberapa nama hotel yang terdapat di sini. Bagiku, nama-nama tersebut agak unik walaupun aku tidak memahami maksud sebenarnya. Oh ya. Aku tidak menetap di hotel-hotel tersebut. Yang menjadi pilihan aku di sana hanyalah sekadar hotel budget. Tidak mewah. Cukuplah sekadar untuk menjadi tempat aku berteduh sehari dua. Sesuailah dengan keadaan ekonomi diriku buat masa ini.

Malam sudah hampir dinihari. Namun mataku belum dapat dilelapkan. Mungkin kedinginan yang menusuk hingga sum-sum tulang menjadi penyebabnya. Lantas aku bangkit dari perbaringan. Terdetik di hati untuk membuat teh. Teh Cameron yang cukup terkenal di sini. Sebagai seorang peminat teh, rasa teh di sini benar-benar berbeza dengan teh yang biasa aku minum di tempat lain. Terasa benar kenikmatan serta kesegarannya.

Ya. Cameron Highlands memang sinonim dengan tanaman teh. Begitu jua dengan tanaman kaktus serta strawberry yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke sini. Selain itu, terdapat juga buah-buahan yang sukar diperolehi di tanah rendah seperti jagung madu, jambu crystal, tomato cherry, buah cinta serta ubi madu. Rasanya, inilah pertama kali dalam hidupku tersua dengan buah-buahan tersebut. Buah-buahan yang agak pelik bagi diriku. Mungkin tidak pelik bagi kalian semua.

Oklah. Izinkan mata penaku berhenti menuturkan kata-kata di sini. Erk. Silap. Izinkan keyboardku berhenti menaip coretan di sini. Hingga berjumpa lagi di entry seterusnya.

P/s: Selamat Hari Lahir kepada Aishah pada 16 Julai. Moga-moga murah rezeki dan dipanjangkan umur hendak-Nya. Amin.

26 Respons

  1. yaaa 1st komen kikiki…

    lawa pic stoberi tu…
    lama dah xpegi Cameron Highlands…bila lah baru dpt jejakkan kaki di sana lg :p

  2. erk.. aritu kata x penah gi sana… lalalaa…

  3. hehe. terima kasih en.palie. tapi awalnya wish. wish je ke? hadiah takdok kah?🙂

    nasib baik kami dah gi CH before awak pergi. takde lah jeles sangat. heheh.🙂

    thanks again.

  4. pernah gi..tp masa kecik2 dulu….😛

  5. buah cinta tu cmna la rupanya….nice pic lorr

  6. aishah – saje je wish awal2.. kot2 lupa nanti.. tu kira hadiah laa… wish yg penuh keikhlasan… hehehe…

    izan – oic… ingatkan x penah gi.. lalala…

    fiza – erm.. x sempat nk amik pic buah cinta tu… dah abis makan… hahaha…

  7. hang pi ngan sapa bro?

  8. hizrat – ngan family je.. saje je nk luang masa ngan diaorg…

  9. srawberi mkn ngn coklat shedapp…

  10. nak pi cameron lagi. best!

  11. nak stroberi..
    huhu..

  12. zue – yupp… makan strawberry ngan coklat mmg best…

    buzzybug – cameron highlands memang mendamaikan…

    broken_nigina – dah abis.. lambat sgt mintak.. lalala…

  13. samat hari lahir adikku yg muda sehari😛..
    semoga cepat bertemu jodoh yah.. hehe

  14. hepi belated besday~

  15. salam, sempat lagi tak kalau aku nak ucap heppy belated besday.
    hahaha…

  16. happy belated besday palie..

  17. happy belated birthday to you.. ;p

  18. happy belated birthday to you.. ;p

  19. happy belated besday…moga panjang umur dan dimurahkan rezki, dan cpt kawen ahahaha😛

  20. erk, soriii.. diya terlambat pulak. happy belated birthday palie. moga sihat2 dan murah rezeki slalu🙂

    p/s-cantek gambar stoberi tu😉

  21. birthday aku bln julai gak…
    dah dekat dah…

    lama tak naik Cameron Highlands…
    dulu aku duduk kat puncak arabela…

  22. aku tk pernah sampai cameroon higland
    but
    parent aku honeymoon kat situ

    so…
    possibility aku ‘terjadi’ di situ, satu kemungkinan besar

  23. ajurina9 – ye laa akak tua sehari… hehee…

    cikf, qdetactive, fara, babyGD, anei, diya – thanx for ur wish… really appreciate it…

    aremierulez – oh ye ke… sama zodiak laa kite ni kot…

    pjoe – terjadi? hehe… faham.. faham..

  24. Been ‘missing’ lately and just came back to ‘reality’.

    Dok pulun baca balik semua yang tertinggal.

    Seronoknya !

    i wish i had the same experience or maybe joining u too.

    haih. tentu tenang jiwa kan ?

    hopefully, my time will come…….

    -d0ne-

  25. Oops !! pertambahan.

    Happy Belated Birthday to you.
    Semoga apa yang dicari bakal dimiliki.
    Semoga yang tak dikehendaki akan pergi.

    -d0ne-

  26. happy belated birthday bro:)huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: