Melankolik Hati Yang Sepi…

Melankolik Hati Yang Sepi…

Andainya kita ditakdirkan
Bertemu kembali
Usahlah dikau
Rebahkan diri
Di atas ranjang kenangan
Kerna aku percaya
Untuk menerangi semula
Tasik ingatan itu
Pasti akan melukakan lagi
Hati yang mula sembuh
Dari luka kepedihan
Bila dipaksa
Menerima erti kecewa

Pabila kita bertemu
Biarlah kita berdepan
Bagaikan teman yang sejati
Mencari tapak
Kekuatan masa kini
Dalam merangka masa depan
Tanpa menoleh kembali
Pada gubuk-gubuk kecewa
Yang sekian lama
Kita tinggalkan
Pada masa silam

~LuccaDJiwa~
09-09-2008, 9.09 pagi


P/s:
Massa Studio. Web portfolio persendirian yang mengumpulkan artwork aku selama ini dalam bidang rekabentuk grafik, web serta fotografi. Andainya kalian ada kelapangan masa, silalah bertandang ke sana. Terima kasih.

25 Respons

  1. ermm.. masih bersedih ke en.palie?.. post la puisi hepi2 jugak..

  2. sepi lg?

  3. andainyer dia kembali…xkan xterubat luka d hati??itu yg selalu di ingini kan??kalu x…xkan asyik melayan jiwa yg sepi tuuu…

  4. sekali d hilangkan matahari usahlah bsedih kerna akan ada sirna pelangi yg lbih indah utk d hadiahi…

  5. oh aku baru teringat aku penah post comment kat blog ni.. pasal lirik butterfingers.. haha.. puisi ni.. aku x bole nak comment skang.. sebab aku tgh berduke lara gak..

  6. sepi….
    indah sungguh puisi ini🙂

  7. en palie ni semakin bulan puasa semakin melankolik…🙂

  8. palie masih terkenang?

  9. pelangi kan ada.. live life!

  10. aik masih sepi lagi ker?

  11. rujuk pada yang satu…

  12. Miss Aisy – insyallah.. pasni akan ada puisi yang happy2 skit.. itupun kalu ada idea… hehehe…

    embun – thanx for ur words…

    bdoo – tgh berduka lara gak ek…

    izan – terima kasih utk pujian tersebut…

    aishah – melankolik tidak mengira tempat & masa…

    marya – terkenang? xde laa….

    (“,) – yupp… dah lama x tgk pelangi…

    anei – sepi menyedarkan kita dari kealpaan duniawi…

    qdetactive – btul tu…

  13. cantik tarikh dan masa menulis puisi tersebut.

  14. kalau sepi…
    tontonlah filem sepi…
    kata afdlin shauki..

  15. sebenarnya manusia x kan lupa.. bila kita dah kasih pada seseorang rasa kasih sayang semua tu x kan hilang.. selagi kita x jumpa yang lebih baik dari dia selagi itulah kita akan terperangkap dalam memori yang menghibakan.. jika kita dah kehilangan seseorang yang kita rasa terbaik untuk diri kita memang susah nak cari ganti.. so cepat2 lah cari yang terbaik untuk diri kita kerana itu saja cara untuk bebas dari belenggu memori indah yang hiba tu..

    yeah aku berjaya bagi comment yang bernas.. caya lahh

  16. palo mashi!! yeaah.

  17. as the melancholic ways..soon, we better then someone’s else

  18. saat kau pergi..
    hilang segala seri…
    diri rebah menyembah bumi..

    namun kini…
    kau hadir lagi..
    membawa satu harapan yg blom pasti..

    tiada kata dapat ku pinta..
    hanya yg ada secebis rasa..
    biarkan kenangan berlalu ditelan masa…
    supaya tiada lagi sengsara luka

    Besh puisi itu.. me loike2..

  19. nurnana – erk.. saja je pilih tarikh & masa utk siapkan puisi tu…

    aremierulez – huh.. aku blum tgk filem tu lagi.. kat sini xde wayang…

    bdoo – wah.. 1 komen yg bernas… tq bro…

    twenty-six – yupp.. that’s right…

    dila – wah.. ade kesinambungan antara puisi2 ni..

  20. mmg saje uat keseinambungan pon..

    bla bc puisi u.. tangan ni sibuk je nk menaip apa yg terlintas kt minda… sowi klu mnggngu puisi u.. huhuhu

  21. wahh… maafkn sy kerana sudah lama tidak menjenguk blog kamu kerana sibuk dengan kerja mencari rezki dan seharian.

    Selamat Berpuasa….

  22. palie, awat jiwa kacau ko makin menjadi2 ni~
    pe kata ko kwn dgn ngah?
    msti bleh jadi gumbira sket
    klu tak gumbira pon, mungkin jadi chachat
    tp at least happy la ada hiburan
    ahaha
    btw link aku tu update la
    blog iziana.kronikus.com tu da terkubur uh

  23. kecewa itu guru untuk kita semakin tabah

  24. sepi jer ang ni palie…jgnla camtu… usir benda2 tak best dr dok merajai kt ati kita….itu lebih baik…

  25. hhmmmm….hati sy pun tengah duka lara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: