Melewati Susur Masa…

16hb September 2008. Kuala Lumpur. Kunjungan aku ke bandaraya akhirnya terlaksana jua. Sudah lama aku merancang untuk ke sini. Namun, kekangan masa serta kesibukan harian membantut hasrat tersebut. Tujuan ke sini sekadar untuk bertemu sahabat handai yang agak lama tidak bersua muka. Kunjungan ini boleh kuibaratkan sebagai pertemuan untuk mengeratkan silaturahim atau ukhwah yang sudah lama terjalin. Agak ironik tarikh tersebut. Bersempena 45 tahun tarikh pembentukan negara Malaysia yang tercinta ini. Malaysia terbentuk pada 16hb September 1963. Semua ini agak kebetulan sahaja. Memang tidak disengajakan.

Oklah. Lupakan perkara tersebut. Sempena bulan Syawal yang semakin hampir ini, aku mengambil kesempatan yang masih ada untuk menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan andainya terkasar bahasa atau menyinggung hati kalian semua sepanjang penulisan blog ini. Sekali lagi aku memohon kemaafan di atas segala kesalahan serta kesilapan yang pernah aku lakukan selama ini sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

13 Respons

  1. huhu…tunggu masa..😀

  2. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.🙂

  3. selamat hari raya , maaf zahir batin

  4. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin😀

  5. assalamualaikum tuan rumah,

    mengisi pulut ke dlm buluh, buat lemang juga ketupat, menyusun jari nan sepuluh, maafkan me wahai sahabat..

    selamat hariraya maaf zahir batin dari en_me

  6. Palie,
    Salam Aidilfitri dr sy sefamily.. Ampun & maaf dipinta selam kita brkwn ya!

  7. salam sang penulis
    selamat hari raya dan maaf zahir batin
    sudikah tuan hamba bertukar-tukar link dengan blog hamba?

  8. awak, samat hari raya. sori lambat wish. huhu😉

  9. selamat hari raya kawanku..hmm xtelambat agik kan hehe

  10. tak abis ni cerita en.palie. we want more!!!
    selamat ari raya!

  11. salam raya paling best buat mr lucca. *^^* may you have the greatest raya this year, and may your coming raya (s) bring you more happiness, insyaAllah. =)

  12. selamat hari raya aidifitri

    maaf zahir &batin…..

  13. great post, i have learned a lot from your post http://www.replicawatchesgeek.com/watches/replica-fucda-1776.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: