Hingga Saat Ini…

Hingga Saat Ini…

Hingga saat ini,
Aku masih mencari erti,
Erti sebuah cinta sejati,
Yang berlandaskan kejujuran,
Serta disulami keikhlasan yang tulus.

Hingga saat ini,
Hati ini masih tertanya-tanya,
Wujudkah istilah cinta abadi,
Ataupun ianya sekadar ungkapan,
Yang biasa dilafazkan sewenang-wenangnya,
Tanpa ada pengertian mendalam tentangnya.

Hingga saat ini,
Telah beberapa kali hati ini terluka,
Dikecewakan oleh cinta palsu,
Hingga pintu hati ini tertutup,
Untuk menerima kehadiran insan,
Yang bernama wanita.

Namun segalanya berubah,
Hadirmu benar-benar mengubah hidupku,
Merombak segala prinsip hidupku,
Kehadiranmu mengubah persepsiku,
Ternyatalah dikau gadis idaman,
Yang ku nanti-nantikan selama ini.

~Lucca D Jiwa~
Saturday, December 22, 2007, 3:56:26 AM

P/s: Andainya kalian ada masa terluang, silalah lawati Fotopages LuccaDJiwa.

18 Respons

  1. cantek sekali puisinya… wah wah… semoga kali ini ia benar2 membuka dan menyentuh hatimu ya🙂

  2. ohh… iyer? Alhamdulillah… ; )

  3. oho
    snguh jiwang..ehe

  4. akhirnyer…😀

  5. bile nak melangsungkan perkawinan?

  6. semoga palie berbahagia hingga ke akhir hayat.. amin.~

  7. opening – lucca di jiwa sungguh
    ending – gumbira di jiwa

    hehehe

  8. Alhamdulillah..happy 4 u palie^_^

    Dalam bercinta, untuk mengelakkan kekecewaan yg terlalu, kita harus membataskan hubungan. Jangan beri seluruh perasaan selagi dia bukan milik awak yang sah ^_^

  9. Adakah cinta ini sejati. Adakah anda pasti?

  10. wah…
    dah nak kahwin ke ape ni?

  11. selamat berbahagia..
    bertuah si ‘dia’

  12. sangat sweet🙂
    jaga dia bebaik k.

  13. hikhik
    hang ni jatuh chenta lagi ke apa?

  14. nice writing…bagus2…🙂

  15. jiwangnye hehe

  16. semoga bahgia..kekal abadi hendak nya…

  17. you write very well..

  18. semoga semuanya berjalan dengan lancar. aja2 fighting! ;D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: