Kedinginan Malam Ini…

Cameron Highlands. 11 Julai 2008. Sehari selepas tarikh kelahiranku.

Rosa Pasadena. Casa Dela Rosa. Sekadar menyebut beberapa nama hotel yang terdapat di sini. Bagiku, nama-nama tersebut agak unik walaupun aku tidak memahami maksud sebenarnya. Oh ya. Aku tidak menetap di hotel-hotel tersebut. Yang menjadi pilihan aku di sana hanyalah sekadar hotel budget. Tidak mewah. Cukuplah sekadar untuk menjadi tempat aku berteduh sehari dua. Sesuailah dengan keadaan ekonomi diriku buat masa ini.

Malam sudah hampir dinihari. Namun mataku belum dapat dilelapkan. Mungkin kedinginan yang menusuk hingga sum-sum tulang menjadi penyebabnya. Lantas aku bangkit dari perbaringan. Terdetik di hati untuk membuat teh. Teh Cameron yang cukup terkenal di sini. Sebagai seorang peminat teh, rasa teh di sini benar-benar berbeza dengan teh yang biasa aku minum di tempat lain. Terasa benar kenikmatan serta kesegarannya.

Ya. Cameron Highlands memang sinonim dengan tanaman teh. Begitu jua dengan tanaman kaktus serta strawberry yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke sini. Selain itu, terdapat juga buah-buahan yang sukar diperolehi di tanah rendah seperti jagung madu, jambu crystal, tomato cherry, buah cinta serta ubi madu. Rasanya, inilah pertama kali dalam hidupku tersua dengan buah-buahan tersebut. Buah-buahan yang agak pelik bagi diriku. Mungkin tidak pelik bagi kalian semua.

Oklah. Izinkan mata penaku berhenti menuturkan kata-kata di sini. Erk. Silap. Izinkan keyboardku berhenti menaip coretan di sini. Hingga berjumpa lagi di entry seterusnya.

P/s: Selamat Hari Lahir kepada Aishah pada 16 Julai. Moga-moga murah rezeki dan dipanjangkan umur hendak-Nya. Amin.

Berbumbungkan Langit, Berlantaikan Bumi…

20 Jun 2008.

Akhirnya, berjaya jua diriku ini menawan puncak Gunung Tebu yang berketinggian 3401 kaki. Hembusan nafas kelegaan jelas terasa. Seakan tidak percaya apabila kaki ini berjaya menjejak langkah di puncak gunung ini. Kepuasan menawan puncak gunung ini ternyata berjaya menghilangkan segala keletihan yang dialami sebelum ini. Keletihan mendaki.

Untuk kali ini, aku tidak mahu berceloteh panjang lebar. Cukuplah sekeping gambar buat tatapan semua. Rasanya ia sudah memadai untuk menghuraikan seribu satu cerita. Bagiku, sekeping gambar lebih baik dari seribu patah perkataan. Oh ya. Hampir terlupa. Sebenarnya Gunung Tebu ini terletak di Besut, Terengganu.

Oklah. Aku berhenti mencoret setakat ini dahulu. Maaflah. Tiada melodrama atau melankolik diselitkan buat masa ini. Lain kali sahajalah.

Noktah.

Mendung Tanpa Sinar Sang Suria…

Jumaat. 9 Mei 2008. Angin bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa. Terasa nyaman menyelimuti diri ini. Aku terjaga agak lewat daripada hari biasa. Namun, semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadaku. Ya. Di sini, hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Jadi, aku tidak perlu terburu-buru. Tiada apa yang perlu dikerjakan di saat ini.

Setelah selesai mengerjakan solat fardhu Subuh, aku kembali berbaring di atas katil. Niatku sekadar untuk melelapkan mata untuk seketika. Namun, semua itu tidak kesampaian. Tanpa diduga, memori-memori silam kembali menerjah-nerjah benak minda ini. Kenangan manis serta pahit silih berganti seolah-olah memaksa jiwa ini melayani perasaan. Aku cuba kuatkan hati ini agar tidak terus terbuai-buai dengan layanan perasaan yang tiada penghujungnya.

Biarlah memori silam tersimpan dalam benak mindaku sendirian. Cukup sukar untuk aku melupakannya. Kerna bagiku, ianya umpama anugerah kepada diriku agar lebih menjadi matang. Sekurang-kurangnya apa yang telah berlaku di masa lalu mampu menjadi pedoman kepada halatuju hidupku di masa hadapan. Insyallah.

Dumm. Bunyi tingkap kayu yang tertutup ditiup angin benar-benar mengejutkan tidur lenaku. Barulah aku tersedar bahawa sudah agak lama aku terlena. Sedar tidak sedar, jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Entahlah, badanku terasa agak penat. Mungkin kerna keletihan terlampau. Terlalu banyak aktiviti yang kulakukan sepanjang 2-3 minggu sebelum ini. Di bawah ini, aku senaraikannya secara ringkas.

21-22 April 2008 – Kuala Lumpur (Software KRIM Network)
24-26 April 2008 – Kuala Lumpur
30 April 2008 – Badminton KRIM Network (Kompleks Belia & Sukan, Pasir Panjang)
1 Mei 2008 – Pertandingan Futsal KRIM Network 2008
2 Mei 2008 – Kuantan
3 Mei 2008 – Trip Ke Rantau Panjang & Kota Bharu
5 Mei 2008 – Badminton KRIM Network (Kompleks Belia & Sukan, Pasir Panjang)
7 Mei 2008 – Bowling KRIM Network (TER, Kuala Ibai)
8 Mei 2008 – Badminton KRIM Network (TER, Kuala Ibai)

Oh ya. Aktiviti-aktiviti di atas inilah yang membantutkan penghasilan karya nukilanku di dalam blog ini. Ribuan lafaz kemaafan dipohon daripada kalian yang tertunggu-tunggu untuk membaca nukilan terbaru dalam blog ini.

Hujung Minggu Yang Santai…

Sedar-sedar, sudah masuk beberapa episod kisah luka lara dalam blog aku ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk aku tamatkan episod luka lara ini. Agar ianya tidak tersebar menjadi penyakit wabak epidemik. Mungkin aku akan menyambungnya di dalam versi berlainan pula nanti. Mungkin versi novel. Ataupun versi drama. Hahaha. Aku hanya katakan mengenai kemungkinan sahaja. Aku tidak berjanji untuk melaksanakannya. Malah, hingga saat ini, tiada satupun tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, tiada lagi entry yang berbaur emosional. Takut-takut ada yang meluat lantas memuntahkan cecair hijau dari mulut. Lantas membatalkan puasa yang telah diusahakan seharian. Jadi, untuk keuntungan kedua-dua belah pihak maka terhasillah entry kali ini. Ahh. Jauh nampaknya aku merepek. Sebenarnya terlalu banyak aku nak coretkan di sini. Idea datang mencurah-curah laksana cecair amylase yang mengalir melalui liang-liang esofagus. Namun, kekangan masa sebelum ini benar-benar menghalang aku berbuat demikian. Aku tidak menyalahkan masa tapi sekadar menganggap ianya sebagai pemangkin ke arah itu. Haha. Alasan semata-mata. Alasan yang dizahirkan oleh minda separa sedar.

Padat. Itulah yang dapat aku ringkaskan mengenai carta kehidupan pada minggu lepas. Aku cuba simpulkannya seperti yang tertera di bawah. Kemalasan benar-benar menguji keimananku di bulan Ramadhan ini. Ahh. Biarkanlah. Aku tidak peduli lagi semua itu. Coretkanlah apa yang aku suka di blog ini. Tiada siapa yang marah. Hanya sekadar komen serta kritikan sahaja yang bakal aku terima. Jadi, mengapa harus takut untuk mencoret segala yang tersimpan di benak minda ini. Mungkin ada yang suka. Mungkin juga ada yang benci. Persetankan semua itu. Masing-masing ada kehendak serta citarasa sendiri. Huh. Aku melalut lagi.

27 September 2007
Aku bekerja sperti biasa pada siang harinya. Agenda yang sebenarnya bermula tepat pada pukul 6.00 petang. Yupp. Sekali lagi aku membuat catering secara part-time dengan Mak Jah Cafe. Rujuk entry yang lepas berkenaan Mak Jah Cafe. Kali ini, rumah Naib Canselor sekali lagi membuat Jamuan Berbuka Puasa serta Sambutan Hari Lahir. So untuk hari itu, terpaksalah krew Mak Jah (termasuklah aku) bekerja keras sedikit. Maklumlah terpaksa menyediakan hidangan sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa berbuka puasa. Hidangan kedua selepas solat Maghrib dan hidangan yang terakhir adalah selepas solat Terawih.

28 September 2007
Hari ini agak bersejarah dalam hidupku. Akhirnya, termakbul doaku setelah lama bercita-cita untuk melawat Rumah Anak-Anak Yatim. Hari ini aku hanya bekerja separuh hari kerna Program Ke Rumah Anak-Anak Yatim Muar anjuran Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) UTM Skudai bermula pukul 12.00 tengahari. Tanpa segan-silu, aku memohon cuti kerja separuh hari dari boss aku semata-mata ingin mengikuti program yang bernama ‘Program Jalinan Kasih‘ ini. Perjalanan ke Muar dari Skudai memakan masa hampir 3 jam. Rombongan kami tiba di sana pada pukul 3 petang. Program bermula dengan ucapan serta taklimat serba ringkas dari pihak penyelia Rumah Anak-Anak Yatim. Kemudian, kami meneruskannya dengan aktiviti ‘Ice-Breaking’ dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan diikuti dengan aktiviti Dynamic Games. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hadiah yang berupa diari-diari serta papan carrom kepada anak-anak yatim. Tersentuh hati kecilku apabila melihat telatah serta keriangan yang tergambar di wajah mereka. Alhamdullilah. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sedar-sedar, waktu berbuka puasa tiba. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk menjamu selera bersama anak-anak yatim ini. Kami hanya menjamah sedikit buah kurma serta kuih-muih sebelum bersama-sama mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Dan acara berbuka diteruskan kembali setelah selesai menunaikan solat. Dan di saat ini aku berpeluang untuk beramah mesra serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Program ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat.

Program Jalinan Kasih

29 September 2007

Pada tarikh ini, satu majlis berbuka puasa yang bernama ‘Program Al-Mubarakah‘ telah diadakan oleh KKDK di Kolej Tun Razak UTM Skudai. Di sini, barulah terasa keakraban hubungan di antara ahli-ahli KKDK di mana hidangan serta juadah berbuka puasa dimasak secara beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa bermula. Sebenarnya, gotong-royong ini telah bermula pada pagi semalam. Aku hanya sempat menolong setelah Program Jalinan Kasih selesai pada sebelah malamnya.

Program Al-Mubarakah
30 September 2007
Dan pada tarikh ini aku hanya tidur bergelimpangan di rumah sahaja. Kononnya nak menghilangkan keletihan terlampau sambil bersantai-santai menenangkan minda yang berserabut. Huh. Alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Pada sebelah petang, aku sekadar menemani sahabatku ke Plaza Angsana. Di sana nanti, sempatlah aku mencuci mata sambil mencari baju raya. Begitulah bisikan hati serta niat awalku. Namun kesadisanku memang terserlah. Rupa-rupanya duit gajiku belum lagi masuk. Nampaknya terpaksalah sekadar menenami sahabatku. Di Plaza Angsana ini, kemeriahan memang terasa. Kesibukan serta kehiurk-pikukan masyarakat di sini seolah-olah hari raya bakal menjelang esok. Ianya benar-benar mengamit kenanganku sewaktu kecil. Nostalgia katakan.

Oh ya. Aku hampir terlupa untuk berterima kasih pada Musnaz dan juga Azrul kerna sudi tag aku. Muznaz 2 tag. Azrul 1 tag. Nanti aku siapkan secepat mungkin apabila kelapangan menjengah aku. Hehehe. Oklah, tamat di sini entry kali ini. Lain masa, aku berceloteh panjang lagi. Itupun andainya ada yang sudi baca. Chow.

Tag di Bulan Ramadhan…

Akhirnya, Encik Sejuk membalas tag kepadaku. Walaupun nampak simple, ianya amat sukar untuk aku siapkan. Dan kerna itulah aku mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkannya. Tajuk tag itu adalah “3 Cara Anda Time Kecik-kecik Dulu Untuk Ponteng Puasa”. Entahlah. Mungkin kerana aku tiada pengalaman dalam bab-bab ponteng puasa ini. Oleh kerana tidak mahu menghampakan permintaan beliau (Sejuk), aku siapkan tag tersebut. Apa yang aku tulis ini mungkin apa yang terlintas di mindaku sewaktu kecil dahulu. Rasanya aku tidak pernah buat kot. Tidak pasti. Lagipun aku sangat skema di waktu kecil-kecil dahulukala.

3 Cara Anda Time Kecik-kecik Dulu Untuk Ponteng Puasa :

1) Time mandi waktu tengahari – Buka shower kuat-kuat diiringi dengan buka mulut luas-luas. Hehehe…

2) Satu lagi time ambil air sembahyang. Sambil berkumur, sambil teguk air paip. Haha. Bukan kenyang pun.

3) Yang ini trick biasa. Buat-buat sakit perut, pening kepala dan sebagainya. Gerenti dapat puasa setengah hari jer.

Oklah. Setakat itu sahaja yang mampu aku tulis. Maafkan aku wahai Encik Sejuk kerna lambat menyiapkan tag ini. Sekian.

Oh ya. Aku tiada idea untuk tag sesiapa. Jadi, sesiapa pun boleh buat tag ini. Babai. Selamat Berbuka Puasa.

7 Weird Things About Me!

Jam 3.15 pagi. Itulah waktu yang tertera kaca monitor komputerku pada saat ini. Higga kini aku masih berjaga. Mungkin kerna diriku terlampau penat hingga tidak mampu melelapkan mata. Penat ! Yupp. Memang benar. Seharian aku bekerja hari ini. Masuk kerja pukul 9 pagi hingga pukul 6.00 petang. Then sambung kerja part time catering Mak Jah dari pukul 6.30 petang sampai 11.30 malam. Dan tika inilah baru aku berpeluang melayari dunia siber yang tidak bersempadan ini.

Emm. Sebenarnya aku terasa seperti kebetulan pula. Rupa-rupanya masih ada insan yang sudi men’tag’kan di kala benak mindaku ketandusan idea untuk memblog. Terima kasih Muznaz di atas kesudian beliau men’tag’ diriku yang tidak serba kekurangan ini. Oklah. Tajuk tag kali ini adalah seperti berikut :

7 Weird Things About Me!

1 – Suka memakai t-shirt hitam kerna bagiku ianya sangat cool. Terlalu banyak bilangan t-shirt hitam dalam koleksi pakaianku. Hinggakan diriku pernah ditegur oleh ibu kerna asyik memakai t-shirt hitam. Dan di sini, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah sama sekali terlibat dengan aktiviti-aktiviti Black Metal. Belia Benci Dadah !

2 – Suka mandi pada waktu malam dalam tempoh masa yang agak lama. Cari ilham kot.

3 – Suka pada kegelapan kerna bagiku ianya sungguh mendamaikan. Kegelapanlah yang dapat membantu tubuh kita tidur dengan nyenyak. Dan tidak lupa selimut hitam yang menjadi faktor pemangkin tidur lenaku.

4 – Suka berimaginasi sepanjang hari tanpa mengira masa serta tempat. Layankan sahaja apa-apa yang berlegar-legar di ruangan minda separa sedar ini. Adakalanya berguna. Dan adakalanya tidak. Gunakan akal yang waras untuk tentukannya.

5 – Suka kumpul tiket-tiket seperti tiket wayang @ tiket bas serta kad-kad prepaid. Dan tidak ketinggalan juga resit-resit dari mesin ATM. Entahlah. Aku pun tidak pasti kenapa aku berbuat demikian.

6- Suka modifikasi barang-barang persendirian seperti komputer, kereta, motor dan handphone. Mungkin kerna aku inginkan kelainan serta identiti tersendiri.

7 – Suka buat design tanpa halatuju @ konsep yang jelas. Kebanyakan design yang aku buat adalah secara spontan. Kebanyakan berdasarkan pada kehidupan aku sendiri. Yupp. Kehidupan ini pasti ada turun serta naiknya. Itulah hakikat roda kehidupan yang perlu kita tempuhi dengan tabah.

Oklah. Rasanya dah cukup 7. Pasti aku dicop mengada-ngada andainya aku buat lebih dari itu. Betul kan? Dan sekarang, tibalah masa untuk aku tag 7 manusia pelik (ataupun boleh dikatakan bertuah) iaitu:

1 – Pak Ngah
2 – Ajurina
3 – Sankai
4 – Hariz
5 – Azrul
6 – Sejuk
7 – Tongah

Sekian. Terima kasih daun keladi.

Lima…

Tag? Inilah pertama kali diriku di’tag’ oleh seseorang. Sama seperti Azrul Angkawasan (Angkawasankah dia?). Dan orangnya tidak lain dan tidak bukan… Pak Ngah. Apakah salah diriku wahai Sang Kepakngahan hingga aku di’tag’ sedemikian rupa. Adakah diriku ini berhutang jiwa raga dengan dirimu? Katakanlah kepada diriku dengan sejujur-jujurnya. Agar tidur lenaku tidak tergugat kenyenyakannya.

Oklah. Persetankan segala persoalan-persoalan yang bermain-main di benak minda. Itu hanyalah mainan serta khayalan dunia semata-mata. Dan lupakan segala emosi bergelojak di jiwa. Atas dasar persahabatan yang telah utuh terjalin selama ini, aku kupenuhi permintaan Pak Ngah yang tidak seberapa ini. Akan kugagahi diri bersama-sama tenaga kudrat yang sedia ada untuk menaip bait-bait perkataan lantas menjawab segala persoalan yang wujud dari ‘tag’ ini.

Lima? Sungguh ringkas tajuk ‘Tag’ yang diberi. Akan tetapi, untuk menyiapkannya mungkin tidak semudah tajuknya. Dan pastinya aku terpaksa mengambil masa yang agak lama sedikit untuk menyempurnakannya. Barangkali sepurnama bulan mengambang. Ataupun sebatang rokok yang dihisap oleh Sankai (Betul ke beliau menghisap rokok?).

Ahh. Aku perlu berhenti membebel. Andainya aku terus membebel tanpa hala tuju yang jelas, pasti entry ini akan menjadi sebuah novel. Novel? Mampukah aku menghasilkannya?. Semua itu karutan sahaja. Oklah. Dengan bangganya, aku mulakan acara ‘tag’ ini.

5 things found in my bag:

Buku Nota. Aku mencatat segala idea @ ilham yang terlintas di kotak fikiranku. Biasanya lakaran lebih banyak dari tulisan.

Pen Hitam. Aku tidak tahu kenapa aku lebih menyukai pen berwarna hitam dari pen biru. Pensel juga aku tidak gemari. Malah hampir segala lakaran aku menggunakan pen hitam. Agak pelik kan?

Milo 3 In 1. Pejabatku hanya menyediakan Coffee 3 In 1 sahaja. Aku agak kurang menggemari coffee kerana kandungan kafeinnya yang agak tinggi. Betul ke fakta ini?

Pen Drive Kingston. Tempat penyimpanan artwork-artwork aku yang terkini.

Handphone Motorola L7. Aku selalu letak dalam beg aku sebab malas nak letak dalam poket seluar.

5 things found in my wallet:

Duit. Ini satu kemestian untuk memudahkan proses perbelanjaanku.

Kad ATM. Hanya 4 keping kad ATM yang aku ada sekarang iaitu BCB, Maybank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional.

MyKad. Sebagai bukti aku warga Malaysia.

Lesen Memandu. Untuk membolehkan aku memandu kereta @ menunggang motosikal dengan aman damai tanpa gangguan pihak JPJ.

Resit / Tiket. Resit ATM dan tiket wayang menguasai hampir 3/10 isipadu wallet aku.

5 favourite things in my room:

My Computer. Aku tidak dapat bayangkan kehidupanku tanpa sebuah komputer. Inilah sumber hiburanku untuk menghabiskan masa terluang.

Katil. Sungguh enak rasanya apabila dapat tidur di atas katil king size beralaskan tilam yang empuk.

DVD / CD. Anime. Movie. Games. Software. Pendek kata semua kategori ada.

Selimut Hitam. Sememangnya selimut ini berwarna hitam sejak azali lagi.

Kegelapan. Tanpa kegelapan, bagaimanakah aku mampu tidur nyenyak?

5 things I’ve always wanted to do:

Mengelilingi Dunia. Untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Menjadi Jutawan. Siapa yang tidak mahu hidup mewah?

Memiliki Mitsubishi Lancer Evolution 8. Kereta idaman aku ini.

Membuka Syarikat Design. Insyallah.

Berkahwin. Masih kabur @ samar-samar.

5 things I’m currently into:

Blogging. Hobi terbaru aku buat masa sekarang.

Website Design. Inilah sumber mata pencarian rezeki aku.

Ubahsuai Kereta. Rujuk entry yang lepas.

Tidur. Perbuatan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan. Tiada paksaan dalam melakukannya.

Balik Kampung. Menjenguk bonda serta ayahanda di kampung. Tanggungjawab seorang anak.