Sekukuh Tembok Besar China…

Negara China. Aku pernah berangan-angan untuk ke sana. Oh. Bukan negara China sebenarnya, negara Jepun yang sepatutnya. Aku pernah memohon untuk program Japanese Associated Degree atau singkatannya JAD. JAD adalah program pengajian ijazah luar negara tajaan MARA. Sila abaikan andainya ejaan itu salah. Aku sendiri tidak pasti ejaan yang sebenar. Yang lebih utama, aku pernah memohonnya tetapi gagal. Lantas aku terdampar di selatan tanahair. Melanjutkan pengajian dalam bidang komputer di Universiti Teknologi Malaysia.

Ya. Aku juga seorang graduan. Bertungkus-lumus belajar bersama-sama dengan Pak Ngah dalam mengejar erti sebuah kejayaan. Kejayaan menggapai segulung Ijazah Sarjana Sains Komputer. Di universiti inilah, aku mula belajar mengenal apa itu ‘programming’. Malah aku juga pernah bercita-cita hendak menjadi seorang ‘hacker’. Namun, semua itu tidak mampu menjadi kenyataan. Dek kerna terlalu bosan serta berserabut dengan kompleksiti dalam pengaturcaraan, aku mengubah halatuju asalku. Lantas akhirnya aku terjebak ke dunia seni. Menjadi ‘designer’ sepenuh masa. Mungkin darah seni telah mengalir sebati dalam darahku. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Umpama irama dan lagu. Tanpa irama, tidak berertilah lagu tersebut. Andainya diikutkan rasa hati, ingin sahaja aku menyambung pelajaran dalam bidang arkitek. Namun, apabila mengenangkan faktor ekonomi serta beban tanggungan sedia ada keluargaku, aku terpaksa melupakan hasrat serta cita-cita itu. Aku tidak pernah menyesal. Kerna aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku pernah terdengar ada yang mengatakan universiti sekarang sudah menjadi seperti kilang. Ya. Kilang yang mengeluarkan graduan secara besar-besaran. Dan semua graduan yang berjaya menamatkan pengajiannya tidak semestinya memperolehi kerjaya. Malah keputusan yang baik juga tidak menjanjikan kerjaya yang baik. Lantas ada yang menganggur setelah sekian lama berhempas-pulas untuk mengenggam segulung ijazah. Jadi, apakah yang dapat disimpulkan di sini? Sanggupkah kalian menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menjadi penganggur. Penganggur terhormat barangkali. Entahlah. Kepada kalian yang sudah berkerjaya, bersyukurlah. Dan kepada kalian yang belum berkerjaya, percayalah bahawa rezeki ada di mana-mana. Yang penting, usahlah mudah berputus asa.

Dukung segulung ijazah sebelum mendukung seorang anak. Berkasih dengan bertemankan buku. Berbulan madu dengan kejayaan.

Kadangkala, aku terfikir sendirian. Kenapa harus kita belajar? Dunia masa kini seolah-olah telah merombak nawaitu asal untuk belajar. Belajar kerna agama. Adakah kita semua belajar semata-mata untuk memperolehi kerjaya? Bukalah mata. Tajamkan minda. Lihatlah keadaan sekeliling kita di era globalisasi sekarang ini. Sijil, diploma atau ijazah telah menjadi lesen utama untuk bekerja. Rata-rata syarikat perlukan graduan yang ada kelayakan ijazah ataupun diploma. Ataupun sekurang-kurangnya memiliki sijil kemahiran. Mereka yang tidak memiliki sebarang kelayakan, tentulah sukar untuk memperolehi kerjaya. Mungkin itulah yang dikatakan keadilan. Keadilan sejagat? Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.

P/s: Pusat bowling sudah bertapak di Pasaraya Astaka, Kuala Terengganu. Pasaraya tersebut benar-benar berada di belakang pejabatku. Secara tidak langsung, virus ketagihan bermain bowling telah melanda sebilangan pekerja di sini. Termasuklah aku. Huh.

Wujudkah Bintang Bertuah…

Aku masih tidak mengerti. Keliru. Wujudkah Bintang Bertuah? Ya. Bintang Bertuah atau lebih dikenali sebagai ‘Lucky Star’ dalam Bahasa Inggerisnya. Entahlah. Aku cuba kaitkannya dengan kedatangan tahun baru ini. Tahun baru yang seringkali dikaitkan dengan azam baru. Azam baru untuk tahun baru. Tahun Baru = Azam Baru. Satu lagi persamaan yang cuba aku cipta. Persamaan yang berlandaskan hipotesis yang tidak kukuh. Yang pastinya, persamaan ini bukanlah persamaan kuadratik. Ataupun persamaan linear yang kalian semua belajar di institut pengajian tinggi. Oh ya. Aku tidak layak untuk berbicara tentang matematik. Aku tidak mahir dalam bidang itu. Semasa belajar dulu-dulu pun, aku sekadar budak hingusan yang meraih simpati pensyarah untuk lulus dalam subjek matematik. Huh. Subjek yang membosankan. Kalkulus, Algebra, Matematik Asas, Statistik serta Persamaan Terbitan adalah antara subjek matematik yang pernah aku pelajari satu ketika dahulu. Bertungkus-lumus belajar semata-mata untuk lulus. Entahlah. Kerjayaku sekarang ini sudah tidak memerlukan semua itu lagi. Tidak mengapalah. Lagipun, sudah banyak rumus atau teorem yang aku lupakan.

Berbalik kepada azam baru tadi. Aku pasti ramai yang berlumba-lumba untuk membuat azam tahun baru. Aku tidak kisah semua itu. Itukan hak peribadi masing-masing. Lagipun, aku juga tidak terlepas dari membuat azam baru. Aku memang begitu. Beriya-iya membuat azam baru saban tahun. Sedangkan azam tahun baru sebelum ini pun belum tentu semua yang tercapai. Entahlah. Mungkinkah ini tabiat seorang insan biasa yang terlalu mengikut rentak arus masyarakat majoriti. Biarlah. Janji aku selesa dengan apa yang aku percaya. Jadi, apakah azam aku untuk tahun baru ini?

Azam Pertama. Aku mahu lupakan segala kelukaan di jiwa ini. Tidak guna mengenang perkara ataupun peristiwa yang telah berlalu. Cukuplah sekadar ianya menjadi memori silam. Anggaplah semua yang berlaku itu ada hikmah di sebalik-Nya. Lagipun, pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan. Mengajar kita agar lebih menghargai kehidupan yang sementara ini. Malah, pengalaman ini jualah yang mengajar kita agar menjadi seorang yang lebih matang serta tabah menghadapi dugaan hidup ini. Apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah halangan ataupun rintangan dalam kita mencapai sesuatu. Sebenarnya, ianya lebih kepada cabaran. Ya. Cabaran untuk menjadikan kita lebih lasak serta tidak mudah putus asa. Dan juga tidak terlalu bergantung kepada pertolongan orang lain.

Azam Kedua. Aku mahu membina kerjaya yang lebih stabil. Hingga saat ini, aku sudah bekerja di lebih 7 buah syarikat tempatan. Aku pernah bekerja sebagai Technician, Advertising & Marketing Executive, Graphic Designer, Video Editor, Visual Merchandising Display (VMD), Web Designer dan yang terbaru Multimedia Designer. Dan tidak lupa juga, aku pernah menjadi pelayan restoren serta freelancer sebagai kerja ‘part-time’. Aku mudah menjadi bosan dengan membuat kerja-kerja yang sama berulangkali. Entahlah. Mungkin kerna aku tidak suka terkongkong dengan mana-mana individu ataupun apa-apa polisi. Harap-harap aku dapat bertahan dengan lebih lama dalam kerjayaku sekarang ini. Cukuplah. Aku sudah tidak larat lagi untuk bertukar-tukar kerjaya.

Rasanya, itu sahaja azamku untuk tahun baru ini. Mungkin aku perlu langsaikan azam-azam yang pernah aku buat pada tahun-tahun sebelum ini. Oh ya. Andainya kalian ingin luahkan azam kalian di sini, silalah. Aku tidak menghalang malah amat menghargainya. Mungkin kita boleh saling ingat-mengingati di antara satu sama lain satu hari nanti. Mungkinlah.

P/s: Silalah undi blog ini untuk The Malaysian Dotcom Youth Search 2008 Award.

Revolusi Minda Pencetus Kreativiti…

Tajuk yang agak aneh kan? Sebenarnya ianya adalah slogan yang aku cipta untuk Festival Multimedia sempena Karnival Kerjaya’07 di UTM Skudai pada awal tahun ini. Slogan itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan entry kali ini. Tetapi tidak mengapa. Aku cuma ingin menyelitnya di sini. Hanya sekadar mengimbas kenangan indah yang baru berlalu. Ahh. Lupakan sahaja.

Dan di saat yang berlalu ini, barulah aku tersedar. Rasanya sudah agak lama aku tidak update blog ini. Dan seperti biasa juga, aku pasti akan menyalahkan sesuatu di atas apa yang berlaku. Haha. Demam raya di bulan Syawal yang harus dipersalahkan buat kali ini. Ianya benar-benar membantut kreativitiku untuk menulis. Dan buat seketika, rasa bersalah yang teramat sangat pada blog ini menyelinap pantas ke seluruh liang-liang rongga di jiwaku. Terasa seperti kekosongan pada diri ini apabila tidak mencoret sesuatu di dalam blog ini. Seolah-olah menjadi rutin harian untuk diselesaikan. Rasa tidak lengkap tanpanya. Emm. Aku melalut lagi seperti kebiasaan. Kebiasaan bagi seorang insan yang masih mencari halatuju hidupnya.

Berbekalkan monolog yang sedia ada berserta hari yang penuh emosi, akhirnya aku gagahi diriku untuk menaip entry. Keharu-biruan hidupku sebelum ini benar-benar memangkin kemalasan diriku. Terasa diri ini ingin berterbangan bebas di angkasa biru bagaikan sang helang yang dibawa arus kabus ribut. Bebas sebebasnya. Tiada bebanan yang merungsingkan jiwa. Tetapi, apakan daya. Semua itu hanyalah illusi ataupun imaginasi yang tidak tercapai oleh kewarasan akal. Aku mengerti. Diri ini hanyalah insan kerdil yang perlu menjalani arus kehidupan. Perlu peka terhadap perubahan sekeliling. Perlu pantas bertindak mengikut arus kemajuan. Perlu tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Perlu prihatin dengan sesuatu yang terjadi. Perlu matang dalam membuat keputusan. Perlu bijak mengambil peluang yang hadir. Dan pelbagai lagi keperluan hidup yang perlu dipenuhi samada terdaya atau tidak.

Dan buat julung kali pertamanya aku tidak mahu berbicara tentang isu-isu terkini seperti Program Angkasawan Negara, Sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun kes Nurin Jazlin. Bukannya aku tidak mengikuti perkembangan media massa. Cuma aku terasa ingin lari dari kebiasaan. Dengan kata lain, aku ingin bereksperimentasi dengan kemampuan aku sendiri. Aku tidak mahu terlalu terikat ataupun terikut-ikut dengan trend masa kini. Biarlah aku dengan skop penulisan tersendiri. Pasti ada yang berpendapat tindakan ini mampu menyempitkan skop penulisan aku. Persetankan semua itu. Setiap insan punya gaya serta stail tersendiri. Lagipun aku tidak rugi apa-apa andainya eksperimentasi ini tidak menjadi. Berani buat, beranilah tanggung risikonya. Satu revolusi yang ingin aku lakukan di saat ini. Revolusi = Evolusi. Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini. Hingga kini, aku masih tercari-cari jawapannya. Ada sesiapa yang mampu menghuraikan definisi 2 perkataan tersebut?

Program Angkasawan Negara
Ada pro serta kontranya. Malas untuk aku memperkatakannya. Masing-masing masih waras untuk berfikir. Dan pastinya berbeza pendapat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tiada apa yang istimewa untuk tahun ini. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Balik kampung. Hias rumah. Sembahyang raya. Bertemu sanak-saudara serta sahabat handai. Bersalam-salaman. Makan kuih raya. Bunyi mercun kedengaran. Tiada lagi duit raya. Itu sahaja.

Kes Nurin Jazlin
Sudah lama berlalu sebenarnya. Cuma aku tidak berkesempatan untuk membuat entry berkenaannya. Entahlah. Tidak perlulah terlalu mengenang insan yang telah pergi. Kita semua yang masih bernafas ini pun akan pergi jua suatu hari nanti. Cuma masa sahaja berbeza di antara satu sama lain. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Mungkin bulan depan. Tiada siapa yang mampu meramalnya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Yang penting, hidup ini mesti diteruskan. Usahlah terlalu mengenangi insan yang sudah tiada.

“Yang terlihat dan terdengar kekadang berbeza dengan kenyataan.” Ungkapan untuk hari ini. Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana. Pasti akan ketemu dengan maksud yang tersurat serta yang tersiratnya.

P/s : Sebenarnya aku sudah bekerja di Terengganu. Syarikat KRIM Network. KRIM itu adalah singkatan Kelab Remaja Islam Malaysia. Secara rasminya, hari ini adalah hari ke-3 aku bekerja di sini sebagai Multimedia Designer. Adakah ini revolusi kehidupan yang sedang aku lakukan di saat ini? Ataupun evolusi kehidupan. Entahlah.

Mari Memasak Bersama Mak Jah…

Catering

Penat.

Itu sahaja yang dapat aku gambarkan ketika ini. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Aku sebenarnya baru selesai buat kerja part time catering dengan Mak Jah Cafe dekat UTM Skudai. Ada majlis makan2 kat rumah Naib Canselor. Kalau tidak silap aku, Jamuan Pre-Konvokesyen. Yupp. Esok adalah hari bermulanya Majlis Konvokesyen Ke-39.

Huh. Ok laa. Nak tidur dulu.

P/s : Terima kasih kepada Mak Jah kerana memberi peluang saya buat kerja part time. Lain kali jangan lupa ajak saya. Tq.

Pejabatku Syurgaku…

Intro : Dah lama aku tulis entry pasal kerjayaku… nampaknya kali ni terpaksa gak aku tulis… dah x sanggup aku nak berdiam diri dan menahan amarah yang terbuku dalam hati ini…

Hari ni boss aku mengamuk lagi… yang menjadi mangsanya adalah seorang lelaki yang sedang menjalani latihan praktikal… kesian lak aku tengok mamat tu… x pasal2 kena maki hamun @ sumpah seranah sebelum di’terminate’… alasannya adalah kerana mamat tesebut telah membuat urusan peribadi (chatting, download dsb.) di ofis hingga mengganggu connection internet yang sememangnya slow… cuak gak aku time tu… ye laa… boss aku maki hamun betul2 sebelah aku… mau x cuaknya…

Aku ingat setakat tu jer… rupa2nya ada lagi… boss aku arahkan semua kabel network di setiap pc staff dicabut (kecuali staff senior)… maknanya tiada lagi internet untuk semua staff termasuk aku… demm… terasa cam nak tumbuk jer muka mamat praktikal tu… haram btul… ni rasa nak emo ni… smpai skang aku still panas ngan mamat tu lagi…

Oh.. lupa nak bagitau… petang semalam… boss aku dah fired seorg member aku yang kerja situ… dah masuk 2 tahun dia keje situ… last2 kena buang camtu jer… sebabnya dia download MP3… kesian member aku tu… dah laa kena buang kerja… pastu siap kena paksa sign surat resign… so maknanya beliau x dapat laa nak report kat pejabat buruh…

Before ni (awal bulan Ogos)… 2 orang staff di’terminate’ gak… salah seorgnya kena fired sebab selalu ponteng kerja… seorang lagi lak sebab x tau nak wat kerja… macam2 ragam manusia ni… ni rasa cam unsecure lak kerja kat sini… huhu… pening2… baik aku tido dulu laa… bye…

Suprise Untuk Aku !!

Ari ni baru aku tau… rupa2nye member2 aku dah plan nak wat besday party utk aku tempoh ari… cuma aku xde rezeki time tu… bleh lak aku gi tgk wayang “Die Hard 4.0” ngan member kat Pelangi Leisure Mall time diorg nak wat suprise tu… huh… melepas laa nak rasa kek besday tahun ni… so terpaksa laa tunggu setahun lg.. huhu… tu pun kalu org nak wat utk aku… ni yg rasa sedih ni… sobb… sobb… kesedihan ni pasti diratapi oleh diriku utk beberapa minggu lamanye sebelum terjadinya pengembangan saiz diameter pada kromosom serta hemoglobin dlm kapillari darahku… dan akhirnya menyebabkan transfusi darah berlaku lalu menghalang pengaliran darah & oksigen ke jantung melalui vein… opps… stop situ….

Dan 1 lagi suprise utk aku… line Streamyx aku kena potong semlm… sbb lmbat bayar kot… busy maaa…. x sempat nak gi bayar… tp xpe.. nanti bile masa aku dah free skit… aku settlekan laa bil tu… skang ni terpaksa laa aku berharap pada internet kat ofis aku ni… nak update blog pun kena cover2 line… x selesa langsung…. huhu…

Aku ingat tu jer suprise utk aku kali ni… tapi ade lagi… pagi tadi… aku baru jer check result utk test KPLI tempoh hari… x sangka lak… aku berjaya dalam test tu… dan diminta menghadiri seisi interview pada akhir bulan Ogos nanti… alhamdullilah… so kepada kengkwn aku yg sedang baca entry ni… doakanlah kejayaan utk diriku… lupa lak nak bgtau.. aku apply Guru Seni.. hehehe… ok laa… nak smbung wat design website ni… x siap2 lagi ni… pening… pening… dateline dah dekat….

P/s : kali ni entry aku simple jer… xde gambar yg bersesuaian utk menghiasi entryku kali ni… sajer je malas… hahaha…. 😛

Happy Chinese New Year….

Ellop my frenz… sori lama x tulis btul2 blog ni… ntah laa…. busy gile 2-3 minggu ni… ade jer keje nak kena wat… dah laaa kat ofis ni sibuk ngan decoration utk Chinese New Year… kena decorate stage laa.. kena decorate entrance laa… wat banner… fyers… bunting… blaa… blaa… x larat nak tulis semua.. kat umah lak kena settle freelance design… semua client nak cepat… aku lak kena wat sorg2… so bilenye masa aku nak enjoy… hahahaha…. seminggu sekali jer aku bleh enjoy… tu pun ari Ahad… nasib baik semua tu dah selesai… malam ni aku dah bleh balik kampong jap… cuti dlm 2 ari… rindu lak rasa kat family… dah lama x jumpe diorg… harap2 diorg gembira ngan kepulangan anakanda mereka yg disayangi ni… hahahaha…

 

Aku balik kampung ni sebab dpt interview utk pengawai N41… ntah laaa… aku sendiri pun x pasti pasal gred2 tu… ye laa.. aku mane penah keje ngan government… so byk laa benda yg aku x tau… pepahal pun aku harap dpt wat yg terbaik… so kepada kengkwn aku yg kat luar sana tu… tolonglah doakan kejayaan aku yek…. tq…
Teruskan membaca