Beralunnya Ombak Mengusir Kesepian…

Aku gembira. Barangkali untuk seketika. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku dapat merasai erti nikmat kegembiraan. Ya. Agar aku lebih menghargai kehadirannya.

Biarlah aku seketika di sini. Menghirup segala ketenangan yang mungkin hadir untuk tempoh yang singkat. Aku sedar. Segala yang datang tidak akan kekal lama. Yang hidup pasti mati. Yang muda pasti tua. Itulah hakikatnya. Hakikat sebuah lumrah kehidupan duniawi.

Berbumbungkan Langit, Berlantaikan Bumi…

20 Jun 2008.

Akhirnya, berjaya jua diriku ini menawan puncak Gunung Tebu yang berketinggian 3401 kaki. Hembusan nafas kelegaan jelas terasa. Seakan tidak percaya apabila kaki ini berjaya menjejak langkah di puncak gunung ini. Kepuasan menawan puncak gunung ini ternyata berjaya menghilangkan segala keletihan yang dialami sebelum ini. Keletihan mendaki.

Untuk kali ini, aku tidak mahu berceloteh panjang lebar. Cukuplah sekeping gambar buat tatapan semua. Rasanya ia sudah memadai untuk menghuraikan seribu satu cerita. Bagiku, sekeping gambar lebih baik dari seribu patah perkataan. Oh ya. Hampir terlupa. Sebenarnya Gunung Tebu ini terletak di Besut, Terengganu.

Oklah. Aku berhenti mencoret setakat ini dahulu. Maaflah. Tiada melodrama atau melankolik diselitkan buat masa ini. Lain kali sahajalah.

Noktah.

Hujung Minggu Yang Santai…

Sedar-sedar, sudah masuk beberapa episod kisah luka lara dalam blog aku ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk aku tamatkan episod luka lara ini. Agar ianya tidak tersebar menjadi penyakit wabak epidemik. Mungkin aku akan menyambungnya di dalam versi berlainan pula nanti. Mungkin versi novel. Ataupun versi drama. Hahaha. Aku hanya katakan mengenai kemungkinan sahaja. Aku tidak berjanji untuk melaksanakannya. Malah, hingga saat ini, tiada satupun tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, tiada lagi entry yang berbaur emosional. Takut-takut ada yang meluat lantas memuntahkan cecair hijau dari mulut. Lantas membatalkan puasa yang telah diusahakan seharian. Jadi, untuk keuntungan kedua-dua belah pihak maka terhasillah entry kali ini. Ahh. Jauh nampaknya aku merepek. Sebenarnya terlalu banyak aku nak coretkan di sini. Idea datang mencurah-curah laksana cecair amylase yang mengalir melalui liang-liang esofagus. Namun, kekangan masa sebelum ini benar-benar menghalang aku berbuat demikian. Aku tidak menyalahkan masa tapi sekadar menganggap ianya sebagai pemangkin ke arah itu. Haha. Alasan semata-mata. Alasan yang dizahirkan oleh minda separa sedar.

Padat. Itulah yang dapat aku ringkaskan mengenai carta kehidupan pada minggu lepas. Aku cuba simpulkannya seperti yang tertera di bawah. Kemalasan benar-benar menguji keimananku di bulan Ramadhan ini. Ahh. Biarkanlah. Aku tidak peduli lagi semua itu. Coretkanlah apa yang aku suka di blog ini. Tiada siapa yang marah. Hanya sekadar komen serta kritikan sahaja yang bakal aku terima. Jadi, mengapa harus takut untuk mencoret segala yang tersimpan di benak minda ini. Mungkin ada yang suka. Mungkin juga ada yang benci. Persetankan semua itu. Masing-masing ada kehendak serta citarasa sendiri. Huh. Aku melalut lagi.

27 September 2007
Aku bekerja sperti biasa pada siang harinya. Agenda yang sebenarnya bermula tepat pada pukul 6.00 petang. Yupp. Sekali lagi aku membuat catering secara part-time dengan Mak Jah Cafe. Rujuk entry yang lepas berkenaan Mak Jah Cafe. Kali ini, rumah Naib Canselor sekali lagi membuat Jamuan Berbuka Puasa serta Sambutan Hari Lahir. So untuk hari itu, terpaksalah krew Mak Jah (termasuklah aku) bekerja keras sedikit. Maklumlah terpaksa menyediakan hidangan sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa berbuka puasa. Hidangan kedua selepas solat Maghrib dan hidangan yang terakhir adalah selepas solat Terawih.

28 September 2007
Hari ini agak bersejarah dalam hidupku. Akhirnya, termakbul doaku setelah lama bercita-cita untuk melawat Rumah Anak-Anak Yatim. Hari ini aku hanya bekerja separuh hari kerna Program Ke Rumah Anak-Anak Yatim Muar anjuran Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) UTM Skudai bermula pukul 12.00 tengahari. Tanpa segan-silu, aku memohon cuti kerja separuh hari dari boss aku semata-mata ingin mengikuti program yang bernama ‘Program Jalinan Kasih‘ ini. Perjalanan ke Muar dari Skudai memakan masa hampir 3 jam. Rombongan kami tiba di sana pada pukul 3 petang. Program bermula dengan ucapan serta taklimat serba ringkas dari pihak penyelia Rumah Anak-Anak Yatim. Kemudian, kami meneruskannya dengan aktiviti ‘Ice-Breaking’ dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan diikuti dengan aktiviti Dynamic Games. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hadiah yang berupa diari-diari serta papan carrom kepada anak-anak yatim. Tersentuh hati kecilku apabila melihat telatah serta keriangan yang tergambar di wajah mereka. Alhamdullilah. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sedar-sedar, waktu berbuka puasa tiba. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk menjamu selera bersama anak-anak yatim ini. Kami hanya menjamah sedikit buah kurma serta kuih-muih sebelum bersama-sama mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Dan acara berbuka diteruskan kembali setelah selesai menunaikan solat. Dan di saat ini aku berpeluang untuk beramah mesra serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Program ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat.

Program Jalinan Kasih

29 September 2007

Pada tarikh ini, satu majlis berbuka puasa yang bernama ‘Program Al-Mubarakah‘ telah diadakan oleh KKDK di Kolej Tun Razak UTM Skudai. Di sini, barulah terasa keakraban hubungan di antara ahli-ahli KKDK di mana hidangan serta juadah berbuka puasa dimasak secara beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa bermula. Sebenarnya, gotong-royong ini telah bermula pada pagi semalam. Aku hanya sempat menolong setelah Program Jalinan Kasih selesai pada sebelah malamnya.

Program Al-Mubarakah
30 September 2007
Dan pada tarikh ini aku hanya tidur bergelimpangan di rumah sahaja. Kononnya nak menghilangkan keletihan terlampau sambil bersantai-santai menenangkan minda yang berserabut. Huh. Alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Pada sebelah petang, aku sekadar menemani sahabatku ke Plaza Angsana. Di sana nanti, sempatlah aku mencuci mata sambil mencari baju raya. Begitulah bisikan hati serta niat awalku. Namun kesadisanku memang terserlah. Rupa-rupanya duit gajiku belum lagi masuk. Nampaknya terpaksalah sekadar menenami sahabatku. Di Plaza Angsana ini, kemeriahan memang terasa. Kesibukan serta kehiurk-pikukan masyarakat di sini seolah-olah hari raya bakal menjelang esok. Ianya benar-benar mengamit kenanganku sewaktu kecil. Nostalgia katakan.

Oh ya. Aku hampir terlupa untuk berterima kasih pada Musnaz dan juga Azrul kerna sudi tag aku. Muznaz 2 tag. Azrul 1 tag. Nanti aku siapkan secepat mungkin apabila kelapangan menjengah aku. Hehehe. Oklah, tamat di sini entry kali ini. Lain masa, aku berceloteh panjang lagi. Itupun andainya ada yang sudi baca. Chow.

Hakikat Sebuah Cinta…

Hakikat Sebuah Cinta – Iklim

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta

Agak ‘old school’ lagu yang aku paparkan kali ini. Bagi diriku, lagu ini ada nilai sentimental yang tersendiri. Yupp. Pandangan seseorang terhadap nilai sentimental sesebuah lagu agak berbeza. Masing-masing ada pendapat serta pendirian tersendiri. Terpulanglah pada selera individu tersebut.

Sebelum terlupa, aku nak promote satu lagi blog aku. Blog rasmi untuk Kelab Cute Little K-Car (CLK). URL : http://cutelittlekcar.blogspot.com

P/s : Sebenarnya aku tengah ketandusan idea untuk buat entry + malas menaip. Harap maaf.

Busy Sangatkah Aku Ni ?

Dah 2-3 minggu aku x mencoretkan ape2 dalam blog aku ni… ntah laaa… diriku terlalu busy skang ni… ingatkan dah abis Karnival Kerjaya ’07 (K’07)… bleh laa berehat panjang… tapi rupa2nya… komitmen aku semakin bertambah… aku pun sangka byk projek yg mendatang bile company Wave Metafora ni bergabung ngan Big Mac… maybe lepas ni… company ni kena tukar nama baru… kalu tukar nama jadi Big Wave pun ok gak kot.. hehehe…

Emm… semlm aku follow pelaksana K’07 gi main paintball kat Penjara Kolam Air, JB… best woo… ni first time aku main… sbenarnye dah lama aku bagi cadangan ni kat bebudak Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) gi main paintball ni… kalu x silap masa Wandy baru2 jd Presiden KKDK (2006)… baru skang cadangan aku tu jadi realiti… thanx a lot to Mus yg organize Paintball myKKDK ni… thanx gak kepada Crest Exotic yg taja kiteorg main paintball ni… seronok tu memang laa seronok giler… tp penat dia bleh tahan gak… x pasal2 aku tertido dr kul 6 petang smpai kul 12.30 malam… abis burn solat Maghrib aku… nasib baik Zam si housemate aku yg kejut… kalu x.. mau pagi ni baru aku bangun…

Paintball myKKDK

Minggu lepas lak… bebudak KKDK ni main kayak ramai2 kat tasik Outward Bound… belakang Kolej Tun Razak… layan gak laa walaupun air tasik tu bau cam haram skit… tgk kaler air pun cam kaler air teh… hehehe… xpe laa… semua tu dah x jadi hal bile semua dah enjoy… kiteorg main dari pagi smpai tengahari… semua cam x puas2 nak main kayak tu… xpe.. xpe… lain kali kite main lagi…

Kayak

Teruskan membaca

Karnival Kerjaya ’07 semakin hampir…

Sedar x sedar… tinggal lebih kurang seminggu lagi Karnival Kerjaya ’07 akan berlangsung… pasti rintangan dan halangan bakal menjelma… so kuatkan semangat utk terus berusaha menjayakannya…

Kepada semua insan2 yg masih mencari kerjaya anda… di sinilah tempatnya… anda dijemput ke Karnival Kerjaya ’07 ni pd 3-6 mac ni… bertempat di Dewan Sultan Iskandar… Universiti Teknologi Malaysia… cawangan Skudai…

Kalau nak tau list company, profile company or company yg wat career talk, interview or exhibiton… bleh check ke fakulti2 yg terdpt di utm skudai… info2 terdpt pada notice board… sila alert dgn any announcements sbb thn ni takder minggu pra pendaftaran… harap maklum…

p/s : Lawatilah laman web Karnival Kerjaya ’07… http://www.utm.my/careercarnival

Di Keheningan Malam…

11.47 malam… 12 Januari 2007…

 

Penat btul keje ari ni… tapi aku x kisah pun… aku rasa cam enjoy gile keje sini… macam2 benda baru yang aku blaja kat sini… petang tadi baru jer siap ukir polystyrene… best gak… layan giler… dah lama aku x wat keje2 halus & berseni camni.. kalu x silap aku laaa… last sekali aku wat mende2 camni masa aku amik Pendidikan Seni masa SPM dulu… tahun 1999… mak oii… dah lama giler tu… dah rasa cam keras balik tangan ni… terpaksa laa wat pelan2… btul laa kata seorg pak guard yg keje sini… katanya padaku… “sinilah tempat yang paling sesuai utk ko asah balik bakat yang dah lama terpendam… ” aku akui mungkin ada kebenaran kata-katanya tu… ye laaa… sejak aku guna computer utk wat design2 ni… aku dah jarang2 sentuh pensel… kertas lukisan… kanvas… water colour… poster colour… krayon… berus lukisan… pensel warna… inking pen… pisau… bla… bla… bla… yang aku biasa pakai pun… cat pelaka jer… tu pun wat banner jer… kekadang rasa cam rindu lak nak wat lukisan ikut cara manual ni… tapi nampaknya cam masa x izinkan aku berbuat demikian… ntah laa…

 

Mula2 aku bercadang nak makan sambil lepak2 ngan member2… then bile aku contact diorg semua… masing2 ade komitmen lain… ade yg dah makan ptg… ade yg nak study… ade yg nak rehat kat bilik… ade yg gi jalan2 @ shopping… ade yang ada temujanji (atau dating dalam bahasa bunga2nya)… bla… bla… x larat aku nak tulis semuanya… so kesimpulannya… aku makan laa bersendirian… kekadang rasa cam best gak layan lost sorg2 ni… lebih2 lagi dalam kesejukan di kala hujan turun tak berhenti2 dari semalam… emm… mungkin lumrah kehidupan… ada masanya kite perlu bersendirian… ade masa kite bersosial… tgk laa keadaan semasa camner… cam sadis lak citer aku ni… tapi x kisah laa… janji aku susahkan org lain…

 

Oh ya… sebut pasal member2 ni… baru aku teringat sesuatu… kepada member2 aku dari Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) UTM Skudai…di kesempatan yang ada ni… aku memohon ribuan kemaafan ngan sikap aku semasa gerak kerja Karnival Kerjaya ‘07 (tempohnya 2 minggu)… ternyata banyak perubahan yg berlaku pada diriku dlm masa 2 minggu tu… ntah laa… aku seolah2 menjadi seseorg yg lain… baru skang aku tersedar tentang perkara tu… ntah laa… terasa betapa bodoh diri ni yg berubah kerana seseorg… sorry my frenz… thanx a lot coz sedarkan diriku yg serba kekurangan ni…

 

Sebelum jari-jemari in berhenti menulis… sebelum mata pena ini ditutup… oppss… silap… sebelum jari telunjuk aku men ‘shut down’ kan komputer ni… izinkan aku mengucapkan berjuta2 lemon kepada semua member2 yg support aku selama ni… jasamu tiada tandingannya… hahaha… chow…

 

P/s : Mungkin korg perasan kenapa kekadang aku posting smpai 2-3 posting dalam masa 1 masa… kalu korg nak tau… aku wat blog ni dlm microsoft word dulu… then bile aku ade masa… baru aku upload sekaligus… jimat skit masa… hehehe….

Teruskan membaca