Jangan Makan Sardin…

Pagi tadi aku mendpt satu emel dari seorg temanku… biasanye kalu emel yg forward2 ni… aku tak layan sgt… tapi emel ni betul2 mengugat ketenteraman serta kesejahteraan organ2 sistem respirasiku… secara tak langsungnye… pengoksidaan makanan terus terjadi dengan mendadaknye… lalu terbebaslah karbon dioksida (CO2) ke ruangan atmosfera… yang hanya mengandungi 21% oksigen sahaja… ini menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau….

Opps.. meleret2 lagi aku nmpaknye… back to main point.. bile terbaca emel tu… aku terus terduduk (sbenarnye aku memang tengah duduk pun)… dan menjadi terkesima utk kali ke 8 ribu… sitoplasma badanku meruap2 dan terkondensasi menjadi nuklues2 yg bebas berterbangan di awan biru…sebelum menjadi protoplasma melalui proses retikulum endoplasma…. Ok laa… emel yg dihantar adalah seperti di bawah… aku pun x tahu sejauh mana kebenarannye… wallahualam… marilah kite sama2 menilainye….


Assalamualaikum w.b.h.

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin. Wassalam wallahualam

Sardin 1Sardin 2

Sardin oo sardin… dikaulah makanan asasi aku utk dinner setiap malam… so apekah kesimpulan yg aku dpt dari mesej ni.. huhu… xkanlah aku nak buang semua stok2 sardin yg ade kat dapur umah aku.. hatta ianya x semahal mana.. namun ianya tetap laa makanan… atau dengan nama lain… rezeki kurniaan-Nya… yang perlu disumbat ke aluran perutku melalui liang2 esofagusku yg kenyal… ape2 laa… makan skit2 xpun kot… hehehe… ok laa… nak wat next entry lak..

17 Respons

  1. aku terselamat sebab aku tak makan sardin dan maggi,aku makan mee ruski,inilah nikmat, inilah hikmat.

  2. gulp!!!!!!!!!!!!

    sesungguhnya daku ialah seorang pemakan sadin yg tersohorrrrr…
    alamak….
    biar betul nih??

    tapi mmg la. kalau benda tuh suda diperap berapa lama, mmg ada ‘degradation’ kan? tu belum masuk bab bab kimia kimia tuh. erk

    kesimpulannya, makan la makanan segar…
    alahai sadin….

  3. yarkx!! kne msk dr ikan sardin yg segarla nmpknye skang huu.

  4. ikhhh…najis!!!!jadah beladahhh….
    aku tak nak makan sardin lehh

  5. Tulang sardin menjadi lunak karena adanya tekanan dan suhu yang tinggi. jadi bukan karena penambahan zat kimia apa saja.
    tolong jangan memutar balikkan fakta.
    terima kasih.

  6. Kanker tumbuh oleh beberapa faktor:
    1. Genetika: di dalam gen tubuh terdapat faktor yang menyebabkan mudah terjangkitnya kanker. Faktor ini mudah diketahui dengan mengamati keluarga yang memiliki hubungan darah. Apakah ada yang terkena penyakit yang sama? (kakek, ayah, dsb.)
    2. Kebiasaan makan: Semakin banyak memakan daging tanpa diimbangi sayuran akan mempermudah terkena kanker.
    3. Senyawa karsinogen: dapat diperoleh dari hasil pembakaran (sate), atau senyawa kimia lainnya.

    Apakah kebiasaan makanan anda sudah benar???
    Jangan terburu2 menyalahkan suatu makanan yang kalian makan!
    Apakah sudah cukup olahraga?
    Apakah menu anda sudah seimbang?
    Atau hobi merokok, minum kopi, mengonsumsi lemak atau minyak tanpa diimbangi sayuran atau buah?
    Cukupkah serat yang anda makan?

    Mari kita mawas diri.

  7. sy rasa ramai orang d m’sia yg suka mkn sardin.
    so, sblm nk decide yg sardin tu btl2 beracun & bahaya utk kesihatan kita, ada baiknya perkara ini mndpt pengesahan drp org yg pakar @ doctor..
    x perlu takut kalo xder bukti yg kukuh..
    kpd yg berkenaan, sila BUKTIKAN kes ini!!

  8. erk.. ntah.. aku forward je emel yang aku dapat kat sini…

  9. aku xbrape percaya dengan kes sardin nie. emel ni xde penjelasan dari sumber yang kukuh dan kajian saintifiknya. seelok2nya benda nie mendapat penjelasan sainstifik atau doktor baru la boleh disebarkan. takut nanti menjadi fitnah dan penyebaran berita palsu. jangan nak salahkan satu2 makann je.tengok gak dari sudut lain,seseorang 2 kene kanser mungkin jgk sebab lain dan kes sardin ni mungkin kebetulan je. aku nak tanya,yang penghantar emel ni kene kanser jugak ke? kan dia makan sardin dari kecik sampai dah kahwin.xkan xkene kot??? herannnn..
    xtuaLLY ikan sardin ni antara ikan yang banyak khasiat zat. terkenal kaya dengan protein dan omega 3~ ha,yang nie memeng terbukti dari saintifik…..

  10. Pertama: Salah satu nikmat penciptaan ialah sardin. Kelembutan tulang ikan sardin yang telah diproses bukanlah proses pereputan tapi tekanan. Suruh kawan tuan yang emel tu masak ikan dalam pressure cooker – ikan masih ok tapi tulangnya dah lembut..
    Kedua: Memang semua makanan ada bahan kimia. Nama je lain-lain. Kalau ragu-ragu sardin tin tu mudarat, jangan terus-terus larang orang makan. Ajar orang bagaimana nak buat sardin sendiri tanpa bahan kimia atau bahan pengawet. Itu baru nama bangsa berjaya.

  11. Tolong jangan putar belitkan fakta.Kajian yang tidak betul di sini ialah ikan kembung yang dimasak dalam periuk tekanan 3 hari 3 malam pun tulangnya tetap keras.Saya telah mencuba buat sardin ni dengan gunakan periuk tekanan, tulangnya lembut rasa macam sardin asli. itu baru masak 40 minit saja, bukan 3 hari 3 malam. Jadi saya tak yakin ada kimia yang bertindak mereputkan tulang dalam sardin kerana jika ada bukan saja tulang ikan yang akan lembut malah isi dan bahagin dalaman tin itu juga yang akan rosak.Tolong jangan fitnah produk orang lain sebaliknya buat produk muslim sendiri (sekarang sudah ada sardin PERTIMA), baru ada persaingan yang sihat.Untuk pengetahuan, sekarang saya tidak makan sardin (dulu memang suka makan) dikedai, tapi saya makan yang saya buat sendiri, kerana bimbang status halal nya. Kepada yang minat sardin dan nak cuba buat sendiri buka blog cik ana…

  12. apa-apapun janganlah fikir sangat, banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan

    • itulah org kita bodoh dan menyesatkan! Untuk info tulang sardin tu lembut sbb ia melalui proses pasteurization utk matikan kuman dan bakteria, susu 120 darjah celcius, 70 minit dalam retort kedap udara, cubalah buat kat rumah agar pressure cooker tu tak berkecai.

  13. Gak Ilmiah Sama sekali, mane nih fisikawan malay bener kah pesure cooker 3 hari gak hancur tuh tulang, 30 menit aja sudah llembut tulang2 nya…. payah bin HOAX Buat lah sendiri Produk sendiri baru boleh bersaing secara sehat….

Tinggalkan komen