Di Sebalik Makna Sekuntum Bunga…

Untuk entry kali ini, aku mahu lupakan seketika tentang revolusi. Hanya lupakan seketika. Dan bukannya bermakna melupakan selama-lamanya. Pasti aku akan berbicara lagi mengenai revolusi andainya ilham ataupun idea datang menjelma. Lagipun aku tidak suka berbicara mengenai perkara yang sama berulangkali. Pasti ada yang muak pabila membaca perkara yang sama. Biarlah entry ini menjadi entry selingan bagi entry-entry terdahulu. Aku tidak kisah andainya ada yang mengatakan blog ini ‘caca-marba’ atau tiada ‘niche’ yang tetap. Sepertimana yang telah kukatakan sebelum ini, aku menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri. Dan aku amat menghargai segala komen atau kritikan yang diberikan untuk setiap entry dalam blog ini.

Untuk kali ini, aku ingin berkongsi info berkenaan bunga. Bunga seringkali dikaitkan dengan insan bernama ‘wanita’. Contohnya, “Menyunting Bunga Di Taman” yang bermaksud merisik anak gadis untuk dijadikan calon isteri. Itu hanyalah sekadar satu contoh yang menjadikan bunga itu sebagai simbol seorang wanita. Rasanya banyak lagi bidalan bahasa yang mengaitkan wanita dengan bunga ini. Jadi, tidak perlulah aku menghuraikan secara panjang lebar di sini. Oklah. Di bawah ini ada serba sedikit info berkenaan maksud yang tersirat di sebalik sekuntum bunga. Info ini diperolehi dari klienku untuk dimasukkan dalam web FlowerHub.

Lily Stargazer (Pink) – I See Heaven In Your Eyes
Lily White – Pure And Innocent Love
Lily Yellow – Live For The Moment
Lily Orange – Honoured Love, Respected Love

Rose Champange – You’re Tender And Loving
Rose Orange – You’re My Secret Love
Rose Pink – I Declare My Love Openly To You
Rose Red – Passionately In Love
Rose White – I’m Worthy Of You, High Spirited Pure Love

Melalui info yang diberikan ini, aku pasti kita semua mendapat sedikit gambaran mengenai bunga. Jadi, pilihlah bunga yang bersesuaian untuk dihadiahkan buat insan yang teristimewa. Semoga kita semua sentiasa berbahagia dan mendapat keredhaan-Nya. Amin.

P/s: Oh ya. Sebelum aku terlupa, ingin kulafazkan ribuan terima kasih kepada Cik Aria Ayumi kerna sudi memberi award kepada blogku yang seberapa ini. Award yang diberikan itu benar-benar menaikkan motivasi diriku untuk berblog dengan lebih kreatif dan kritis. Lain kali, buatlah lagi. Dan jangan lupa sediakan hadiah-hadiah yang menarik. Hehe.

35 Respons

  1. Hummm meh kita belajar metafora bunga dan wanita.

    Katakanlah wanita itu umpama bunga ros. Ia bermula dengan kudup yang hijau, suci sahaja nampak. Wanita remajanya macam kudup tadi, bagus dan bersih. Tapi kalau kudup tadi dijangkiti kulat, memanglah tak sempat jadi bunga ros yang cantik, tapi jadi kudup bunga ros yang benyek dan busuk.

    Jadi, makin lama-makin berkembang. jika dijaga dengan elok, maka tidak akan cariknya bunga tersebut. Bunga tersebut pun perlu beri nutrien yang cukup pada bunga.

    Bila betul-betul berkembang, maka keharumannya usah dikata. Kumbang-kumbang pun hadir kerana tertarik. Namun kembangnya sekejap cuma. Masa yang sekejap inilah yang perlu digunakan sebaik mungkin. Masa yang digunakan untuk mencari kekasih.

    Semakin lama, bunga semakin layu, dan jatuh ke tanah. Jika ada yang memujanya, pasti akan dikeringkan bunga tadi dan disimpan. Walaupun tak cantik, keindahannya tetap ada. Walaupun tiada bau, kenangan lalu tetap berlegar disitu.

    Itulah ibaratnya, wanita yang mempunyai suami yang baik…

    Whoaaaa… dah jadi entri lah… Sori palieee

  2. oh bunga…

    ini boleh kasi idea tuk meluahkan cinta nie.. miahahahaha… akan aku praktikkan nnt. ngeee…

  3. Aku ertarik dengan Rose Orange. Mana nak cari bunya ros oren tu ar? ade jual ke kat malaysia?

  4. wordpress.com tak support? nak tumpang kat vangardx nyer blog..so far dia offer free hosting

  5. Huhu.. thanks for the comment.. to produce the idea.. bukan senang.. ko pun boleh.. blog ko lagi popular dari aku.. hehe

  6. oho…kalau bunga tahik ayam disimbolkan kepada wanita ape maksudnye pulak…adakah wanita itu suka berak merata2 macam ayam? atau wanita itu boleh berak kapur sambil mukanya berkerut? atau ada maksud lain? hahahah…aku menantikan jawapan inip…

  7. bunga rose je ke..? bunga jenjarum xde dlm kategori ek? hehehe

  8. oh..nice info pasal bunge..love the lily white..hehek~

  9. Lily Yellow – Live For The Moment

    aku pernah pilih bunga ni….heheh…

    but now..bunga rose merah..;)

  10. ohhhh…aku tak tahu pasal bunga2 ni..dan aku tak penah praktikan dlm dunia percintaan aku..adekah dgn bunga itu melambangkan kasih dan sayang kite pada wanita??

    tapi…ade jugak pompuan tak suke bunga..

  11. aku adalah perempun yg tak suka bunga..
    aku dlm kategori mana ni palie?

  12. abg har – panjang lebar huraiannya… tq sbb sudi share kat sini…

    bulus san – sila laa pratikkan… kalu dah berjaya nanti… bgtau laa… sharing is caring…

    aresbahar – rose orange ni aku x pasti ade kat m’sia… sbb klien ni dari singapore…

    trojan – xpe laa… aku rasa cam selesa duk kat wordpress.com ni… hehehe…

    shamir – popular? xde laa… biasa2 jer…

    hariz – bunga tahi ayam… mungkin lambang utk wanita yang tidak menjaga tatatertib ketimuran…

    za – suka white lily ekk… suruh laa cik abang belikan… hehehe…

    ms – rose merah? sedang bercinta laa ni kan?

    faerrin – pendapat aku laa… bunga ini just salah elemen romantik dlm percintaan… dan bukannye kemestian…

    tiramissu – mungkin dalam kategori wanita high taste kot… hehehe…

  13. “Bunga Cinta Lestari” tu pun boleh di kategorikan dlm bunga gak ke hakhakhak…

  14. aku rasa rose orange tu macam bes je…tapi macam susah nak cari jer…

    tapi kalau bagi pada orang yang tak paham maksudnya pun susah gak…agak² kalau aku bagi tafsirannya sekali ok tak hehehe

  15. eh eh..
    macam url blog saya la..
    pure and innocent love..
    hihik :”>

    p/s : tukar la link banner aku tu!
    takmau la kerupok 😐
    kt blog aku dah ade banner cantik

  16. bunga.. aku tak suka sangat.. nati layu aje.. baik dia bagik kfc kat aku.. kenyang gak..

  17. tak suka bunga la.
    mcm ‘weak’ ja.
    pendapat aku la.

  18. anyway,lawa gak blog ang!

  19. Bunga
    Harum, cantik dan sentiasa jadi buruan pencari-pencari madu
    Bunga
    Sekali cium pasti senang hati. Bau harum yang mampu menbangkitkan rasa.

    Wanita dan bunga
    arghh…
    kenapa aku tak pernah terima bunga daripada wanita?

  20. bunga memang cantik..tapi tak pasti nak watper ngan bunga..
    kurang paham teknik penggunaan bunga..nak watper ngan bunga tuh?kalo coklat boleh gak makan,walaupon gua tak suka coklat..kalo duit boleh buat belanja..tapi bunga?
    keliru..
    :p
    -hanya makhluk yang tak reti nak hargai bunga-

  21. tak de ke disebalik makne seekor kumbang? kalu ade best gak nak bace uhuhuhu…

  22. pola – hahaha… x pasti lak aku…

    tongah – ko kasi bunga tu… then tanya dia ape maksudnye… kalu dia x tahu… ko terangkanlah dengan macho skali… hehehe…

    rina – eh.. ye laa… kebetulan lak…

    tz – kfc sedap gak kan?

    heartbeat – masing2 ade citarasa sendiri… tq puji blog yg x seberapa ini…

    nezjoe – bro… kata2 ko tu dah bleh wat lirik lagu tu.. hehe…

    broken nigina – try laa selami kecantikan bunga itu… kecantikan yg sementara… sama seperti kecantikan seorg wanita….

    anei – pasal kumbang ek? susah gak nak pikir tu… lg better gurl yg tulis pasal tu… hehehe…

  23. hehehe…bagus gak idea kau tu…kalau aku buat macam tu…mesti kadar kemachoan di mata gadis itu akan meningkat…di tambah sikit dengan peningkatan kadar kebijaksanaan…

    tapi aku mintak izin guna tafsiran kau tu la hehehe…

  24. tongah – silakan guna tafsiran tu… member2 xde hal laa… hehhe…

  25. hehehe…thanx bro…aku nak simpan tafsiran² kau nie…ne tau boleh guna di masa depan hehehe…kau takda buat copyright kan…hehehe

  26. sapalah hamba ini… manakan daya hendak buat copyright tu… hamba hanyalah insan kerdil… anak dagang yang mencari sesuap rezeki…

  27. ahaks. sama2 cik palie 🙂 adiah? hehe special award nnt akan ade yg dpt adiah betul 😀

  28. ye ke… ni kena wat entry best2 ni…

  29. ape plak maksud sunflower..jrg kn org bg pmpuan sunflower..xbest ye?rose tu common sgt..

  30. kenapa ye bunga mesti dikaitkan dgn wanita?
    kenapa x lelaki?

  31. erkk… sebab lelaki sudah dikaitkan dengan kumbang… hehehe…

  32. takde yg suka bunga sakura ke… heheheh.. sorry , mencelah!

  33. APA MAKNA SAKURA…………….TLGLE JAWAB

  34. salam. saya ada amek awak punya coment pasal bunga ni. jangan risau saya tak tambah apa apa mahupun edit komen tersebut. kalau tak percaya boleh tengok dekat blog saya oke? thanks and i give u the lily yellow flower 🙂

  35. Hello to all, how is everything, I think every one is getting more from
    this web page, and your views are fastidious in favor of
    new visitors.

Tinggalkan Jawapan kepada tiramissu Batal balasan