Rembulan Cinta Di Tasik Selatan…

“I’d rather to be hated for who I am, than loved for who I am not” ~ Kurt Cobain

Memang kebenaran kata-kata di atas. Kata-kata yang aku pinjam dari mendiang vokalis Nirvana, Kurt Cobain. Agak mendalam maksud yang cuba disampaikan. Mungkin kalian semua berbeza dalam menilai pengertian kata-kata berikut. Mungkin antara kita ini berbeza ideologi. Barangkali.

Merujuk kata-kata tersebut, aku terfikir sejenak. Mungkin aku pernah bersikap hipokrit pada diri sendiri agar disukai oleh orang-orang di sekelilingku. Ya. Berlakon menjadi seseorang yang lain serta berbeza perwatakan dengan diriku sebenar. Entahlah. Mungkin dengan cara itu sahaja aku boleh menyenangkan hati semua pihak. Biarlah.

Kadangkala aku terlibat dalam konflik dalam persahabatan. Ya. Konflik yang tidak pernah kupinta. Ianya hadir sendiri tika diri ini menjadi alpa. Menjadi orang tengah apabila pergaduhan yang terjadi antara sahabat-sahabatku. Keliru serta serba salah pasti menguasai diri ini. Langkah yang biasa aku ambil adalah berdiam diri. Mungkin itu bukan cara terbaik. Tetapi sekurang-kurangnya aku tidak menyakiti mana-mana pihak.

“Andaikan kebahagian itu sebagai pelangi. Kita tidak pernah melihat pelangi itu berada atas kepala kita. Tetapi selamanya berada di atas kepala orang lain.”

Aku masih ingat kata-kata ini. Kata-kata yang pernah aku luahkan pada seorang teman pada sesuatu ketika dahulu. Sekadar untuk mententeramkan dirinya yang agak gusar memikirkan masalah percintaannya. Mungkin kata-kata ini boleh dijadikan pegangan ataupun pedoman diriku buat seketika ini.

26 Respons

  1. Mendiang Kurt Cobain, aku juga suka dia dan Nirvana. Bukan hendak terlalu mengangkat nya, tp jika dia masih hidup. Mungkin dia jadi antara orang terkaya di dunia.

    Hipokrasi, itu yang manusia buat tetapi hidup ini sukar untuk jujur sepenuh masa, ada kala, terpaksa berpura pura.

    Oh ya, terimakasih kerana melawat blog aku. aku akan add link kamu nanti.

  2. Bersikap hipokrit demi org lain..

    yeah, kite pelakon. sentiasa berlakon utk org lain. then nobody will understand..

  3. faizal – yupp.. kekdg kita perlu berpura2…

    fara – akhirnya… dapat jua link blog kamu…

  4. hmm, tq for ur visiting..
    dah add link kamu juga 🙂

  5. i guess being yourself, for some, can be hard. but then again, being a hypocrite isn’t really acceptable. yea, i, too would rather be hated for being the person that i am than liked by being someone i am not. nice post!

  6. memang susah jadi org tgh terutama jadi org tgh pada kawan…bile jadi masalah kt diaorg, org tgh la teruk dipersalahkan, pernah sampai sanggup putus persahabatan..

  7. biasa la kan.
    lumrah hidup.
    jujur biar bertapis.
    berpura biar berasas.

  8. lifE, lovE, friEnds..
    All of thEm arE so complicatEd…
    kEnapa perlu bErpura-pura…
    juz bE ursElf…

  9. Life isn’t that complicated if we just be ourselves…

    Whatever your situation is,always remember not to frown for too long..as 1minute you sad,you lost 60secs of happiness…

    Wishing you all the best,may God bless you in your undertakings…

  10. Emm..kawan anda bagus, memberi motivasi diri kala ia dilanda kecewa. Itu yang terbaik saya fikir. Rather than wailing and mourning the past.

  11. kata-kata kurt cobain yg paling aku ingat smpai sekarang…
    dan ape yg di perkatakan itu memang sangatlah benar

  12. encik palie..

    sayer dah tukar alamat blog… tolong update yerk..

    http://orangjahat.wordpress.com

  13. pergh tajuk die. Rembulan Cinta Di Tasik Selatan…hehe. Iras2 tajuk ‘Cintaku seratus persen’. heheh ^_~

  14. dan aku harap pelangi itu berada di atas kepala aku!

  15. Salam singgah bro..
    Indahnya pelangi kan?:)

  16. salam..
    hehe..org tgh ni biasanyer terkepit n tersepit…myb kot boleh hipokrit utk certain circumstances,but make sure hipokrit 2 mndtgkn kebaikan..kalau hanya sekadar bermuka2,baik jauhkan..=]

  17. tersepit antara perkelahian dua sahabat memang melecehkan

  18. happiness is not perfect until it is shared.

    happiness is something like coming to k.l then even if u don’t know if two friends can meet up or not, u still try to tell him/her that hey, i’m in KL now. fancy for a meet up?

  19. iye, pelangi ader tujuh kaler.. ehehe

  20. huh… pening pale apabile nk mentafsir kata2 iittew…..

  21. palie..palie..cinta tak perlukan pelakon seperti rosyam nor untuk melakonkan kisah cinta kita..cuma yg perlu kita lakukan hanyalah kejujuran..keikhlasan..

    lakonan hanya utk seketika tapi kejujuran kekal abadi..

    doa banyak2..Dia Maha Mendengar…

  22. kemana kah dirimu???
    ini sudah bulan may..
    🙂

  23. chenta itu lust kata aku

  24. fara – dah add ek… thanx so much…

    Nani-chan – thanx gak sbb singgh blog ni…

    anei – yupp… sebab tu saya x suka jadi org tengah…

    broken_nigina – yupp… that’s right…

    Along Arman – jadi diri sendiri… tu yg problem tu…

    noushy syah – suka kata2 ni… “1minute you sad,you lost 60secs of happiness…”

    atiqahnasir – yupp… itulah guna seorg kawan…

    aremierulez – ko pun minat kurt cobain gak ke?

    Terror of Death – ok.. nanti aku update…

    nur’ain – saje je wat tajuk camtu…

    mentallyaddicted – moga2 apa yg kamu cita2kan itu tercapai…

    Princess Liyana – pelangi memang indah… tidak puas mata memandangnya…

    kamilsifu – itu yg kompleks nye…

    pjoe – benar2 melecehkan…

    aishah – erk.. lain macam je komen kali ini…

    en_me – yupp… teringin gak nak tgk pelangi 8 kaler… hehehe…

    -fAiZiQ- – erk.. pening ke? nak minyak angin ke?

    wanmus – thanx for advise…

    nina – busy skit…

    bulussn – lust? maybe..

  25. erm…saya x suka jadik org tengah..

  26. nurnana – sama laa kite…

Tinggalkan Jawapan kepada نورنانا Batal balasan