Wujudkah Bintang Bertuah…

Aku masih tidak mengerti. Keliru. Wujudkah Bintang Bertuah? Ya. Bintang Bertuah atau lebih dikenali sebagai ‘Lucky Star’ dalam Bahasa Inggerisnya. Entahlah. Aku cuba kaitkannya dengan kedatangan tahun baru ini. Tahun baru yang seringkali dikaitkan dengan azam baru. Azam baru untuk tahun baru. Tahun Baru = Azam Baru. Satu lagi persamaan yang cuba aku cipta. Persamaan yang berlandaskan hipotesis yang tidak kukuh. Yang pastinya, persamaan ini bukanlah persamaan kuadratik. Ataupun persamaan linear yang kalian semua belajar di institut pengajian tinggi. Oh ya. Aku tidak layak untuk berbicara tentang matematik. Aku tidak mahir dalam bidang itu. Semasa belajar dulu-dulu pun, aku sekadar budak hingusan yang meraih simpati pensyarah untuk lulus dalam subjek matematik. Huh. Subjek yang membosankan. Kalkulus, Algebra, Matematik Asas, Statistik serta Persamaan Terbitan adalah antara subjek matematik yang pernah aku pelajari satu ketika dahulu. Bertungkus-lumus belajar semata-mata untuk lulus. Entahlah. Kerjayaku sekarang ini sudah tidak memerlukan semua itu lagi. Tidak mengapalah. Lagipun, sudah banyak rumus atau teorem yang aku lupakan.

Berbalik kepada azam baru tadi. Aku pasti ramai yang berlumba-lumba untuk membuat azam tahun baru. Aku tidak kisah semua itu. Itukan hak peribadi masing-masing. Lagipun, aku juga tidak terlepas dari membuat azam baru. Aku memang begitu. Beriya-iya membuat azam baru saban tahun. Sedangkan azam tahun baru sebelum ini pun belum tentu semua yang tercapai. Entahlah. Mungkinkah ini tabiat seorang insan biasa yang terlalu mengikut rentak arus masyarakat majoriti. Biarlah. Janji aku selesa dengan apa yang aku percaya. Jadi, apakah azam aku untuk tahun baru ini?

Azam Pertama. Aku mahu lupakan segala kelukaan di jiwa ini. Tidak guna mengenang perkara ataupun peristiwa yang telah berlalu. Cukuplah sekadar ianya menjadi memori silam. Anggaplah semua yang berlaku itu ada hikmah di sebalik-Nya. Lagipun, pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan. Mengajar kita agar lebih menghargai kehidupan yang sementara ini. Malah, pengalaman ini jualah yang mengajar kita agar menjadi seorang yang lebih matang serta tabah menghadapi dugaan hidup ini. Apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah halangan ataupun rintangan dalam kita mencapai sesuatu. Sebenarnya, ianya lebih kepada cabaran. Ya. Cabaran untuk menjadikan kita lebih lasak serta tidak mudah putus asa. Dan juga tidak terlalu bergantung kepada pertolongan orang lain.

Azam Kedua. Aku mahu membina kerjaya yang lebih stabil. Hingga saat ini, aku sudah bekerja di lebih 7 buah syarikat tempatan. Aku pernah bekerja sebagai Technician, Advertising & Marketing Executive, Graphic Designer, Video Editor, Visual Merchandising Display (VMD), Web Designer dan yang terbaru Multimedia Designer. Dan tidak lupa juga, aku pernah menjadi pelayan restoren serta freelancer sebagai kerja ‘part-time’. Aku mudah menjadi bosan dengan membuat kerja-kerja yang sama berulangkali. Entahlah. Mungkin kerna aku tidak suka terkongkong dengan mana-mana individu ataupun apa-apa polisi. Harap-harap aku dapat bertahan dengan lebih lama dalam kerjayaku sekarang ini. Cukuplah. Aku sudah tidak larat lagi untuk bertukar-tukar kerjaya.

Rasanya, itu sahaja azamku untuk tahun baru ini. Mungkin aku perlu langsaikan azam-azam yang pernah aku buat pada tahun-tahun sebelum ini. Oh ya. Andainya kalian ingin luahkan azam kalian di sini, silalah. Aku tidak menghalang malah amat menghargainya. Mungkin kita boleh saling ingat-mengingati di antara satu sama lain satu hari nanti. Mungkinlah.

P/s: Silalah undi blog ini untuk The Malaysian Dotcom Youth Search 2008 Award.

25 Respons

  1. hehehe..en palie bercerita berkenaan azamnya..harap akan sukses dunia dan akhirat..azam ni sebenarnya hanya satu janji pada diri sendiri untuk membolehkan kita tahu apa matlamat kita dan perancangan kita..

    Dah berazam..kena tahu berusaha untuk mencapai azam tu..

    Jangan hanya pandai menutur kata, mengucap bicara..

    Nak tau azam inah?

    Sila ke blog malam ni =)

  2. semoge tercapai azam baru nie hendaknya…..chayok…chayok…

  3. tak de azam pun taun baru ni, tapi cam sedih je nak masuk taun baru ni

  4. cayok2…semoga berjaya…bersemangat n jgn menyerah kalah..maju dan lebih maju kehadapan…yakin boleh…tingkatkan tahap perjuangan….heh…

  5. Wah banyaknya azam… Bintang bertuah itu ada. Ia wujud di sebalik jiwa-jiwa yang kental untuk hidup. Percayal;ah…

  6. azam no 1 aku suke 😉
    habuskan benci.lupakan dendam.sembuhkan luka

  7. aku takde azam..tapi kau ade azam..bagus!!

    teruskan.. 😀

  8. azam no satu tu besh..sy pn patut amek iktibar…
    tuka keje? kalo keje tu dpt fit ngan kite, y not kite stay?
    bkn senang woo nk dpt keje skang..
    ehehe :p

    hei daku udah tuka blog dong 😉

  9. iye3x, kita berAZAM, Tuhan Maha Kaya tentukan..

  10. selamat tahun baru, semoga azam2 itu tercapai hendaknya, amin..

  11. Salam Azzam Baru heh!

  12. slmat tahun baru palie! tahniah buat kuala t’gganu yg jd bandaraya pd 1hb Januari lepas!!

  13. epy new year…nmpaknya bersaing dgn aku dlm youthsearch tu…caiyok2..

  14. yippie!! aku ske tahun baru!!!
    HEPY NEW YEAR PALIE n 2 all viewers!! teruskan azam n smuge b’jaye..aminnnn

  15. semoga keazaman yang kamu azamkan itu diazamkan dengan azamnya

  16. Selamat Tahun dan Mencapai Azam Baru 2008!!

    MEmpunyai azam merupakan satu perkara, melaksanakan azam satu perkara lain pulak.
    Ada Azam, kdg2 tak terlaksana – kdg2 terlaksana. Tak ada azam, x bermakna tak melaksanakan apa2 kan? 🙂

    apa pon, biarlah untuk tahun baru dan akan datang membawa perubahan positif pada kita semua.

    Sekian Encik Palie..
    🙂

    -d0ne-

  17. pergh..kalau aku le nak men lagsai azam2 expiyed tahun2 lepas…jenuh..makan bertahun tue~~

    nway, Selamat tahun baru

  18. mmmm… ape yg ko terluka smpai susah nak lupe… smoga berjaya ya…

  19. Salam..
    nak share jgk nih.

    Azam 1 : Nak tiru azam #1 awak. Leh ke. hahha
    Azam 2 : Saya suka design2 web nih.. Tapi lom mahir lagi. So azam ke2 ni nak jadi cam awk gak. Blajo smpai pandai, pstu leh tuka2 tmpt keje. he3 ^_~

    Samat tahun baru..:D

  20. nk lupakan kelukaan di jiwa…kne tukar nama blog ni la ye?

  21. saya antara manusia yg xpernh punyer azam hahaha…

    anyway…semoga Azam incik palie tercapai…..

  22. inah – insyallah… azam tu kan target diri sendiri…

    lieliq – amin..

    anei – erk.. nape perlu sedih2… life must go on…

    lie – hehehe.. tq bro…

    abg har – azam tu sebagai pembakar semangat di tahun baru…

    pandagumuk – yeah.. sebarkan rasa cinta…

    zuriaf – xde azam? x percayalah…

    masen – yupp… harap2 laa keje skang ni fit ngan saya… so xyah laa tukar2 lagi…

    me yginsaf – kite hanya insan biasa… sekadar mampu berusaha…

    mucs – amin

    Azzam Supardi – hehehe… mesti bangga kan.. nama ko disebut2 di awal tahun…

    chezzy cheese – tq2…

    chot – persaingan yg sihat kan… hehhee…

    erm & ajurina – amin

    f-tia – saye gemar mendengar kata-kata kamu… sungguh mendlm maksudnya…

    lydiarayyan – selamat tahun baru…

    tz – insyallah…

    nur’ain – nak tiru azam saye? erk… azam saye biasa2 jer…

    ain – tukar nama? hish… xnak laa… nama ni dh sinonim ngan saye… hehehe…

    pola – erk… takkan x penah ade azam kot? cam x caya jer…

  23. hai! first time datang sini.

    selamat tahun baru dan semoga tercapai segala yang diazamkan!

  24. waaaa hebat2 gak ye kerja2 yg palie penah uat. muga tercapai ye sgala azam tu… 😉

  25. aishah – thanx melawat sini.. nanti saya add blog awak…

    aria – alaa.. keje biasa2 je tu.. jadi kuli org je…

Tinggalkan Jawapan kepada Azhar Ahmad Batal balasan